Jumaat, 15 Oktober 2010

dugaan tuhan.



petang tadi, henset aku yg jarang sekali berdering, tiba tiba berdering tanda mesej masuk. aku pandang nama si penghantar mesej tu, rupanya junior aku. agak lama jugak tak bertanya khabar dia. lama jugakla dia tak mesej aku. nak harapkan senior dia ni mesej dulu, memang senior dia ni pemalas.



sekarang ni dia kena tahan di wad HKL. penyakit pun belum dapat dikenal pasti. daripada riak dia mesej aku, aku dapat bayangkan yg sekarang ni dia tengah "bawah". kesian, doktor cucuk sana sini, ambil darah bergelen gelen, buat test macam macam, namun masih belum dapat dikenalpasti jenis kesakitan yg dialami.



situasi dia ni agak menyedihkan jugak bila aku bayangkan. dahla mak bapak di mekah sekarang. tinggal kakak sulung dia je yg jaga.



aku dah anggap dia macam adik aku sendiri. aku tak pernah tengok dia sedih sedih macam ni. walaupun cara dia mesej aku tu, nampak sangat yg dia cuba menyembunyikan kesedihan dia. pura pura kool macam senior dia jugak.



macam macam penyakit doktor saspek dia, tapi belum boleh dikonformasikan lagi. sekarang ni, aku nak pergi HKL melawat dia. kalau gard sana nak tahan aku, kata bukan waktu melawat, memang silap besar. silap silap gard tu yg duduk wad.



orang bengis macam aku bukan boleh dibuat main main.



ni baru kejap tadi, aku dengan rakan rakan pergi rumah Ujang Envi, melawat dia. dia eksiden lebih kurang macam aku kena haritu. tapi dia teruk sikit, sebab berjahit. dan aku memahami keadaan dia masa menghadapi situasi cuci luka. nasib baik aku haritu, luka main sorok sorok.
cuma Farid SMJ yg bingai cuba kantoikan luka aku pada brader yg cuci luka tu. mujur.



keadaan motor pulak, bila aku belek belek dan perhatikan, tak jauh beza dengan motor aku. cumanya motor aku punya calar teruk sikit bahagian tepi. motor dia steadi lagi.



kebelakangan ni hati aku mudah tersentuh. tadi siang masa sembahyang jumaat di masjid area area pusat darah negara, aku tersentuh bila nampak seorang pakcik yg buta, pelan pelan mara dari saf belakang ke saf hadapan. pelan pelan dia jalan, meraba raba. sedih seketika aku, memerhati gerak geri pakcik itu dari jauh.




sekarang ni, aku nak cari mana mana manusia yg pernah cakap aku ni tak ada perasaan. mana? mana?



aku pun ada perasaan. macam manusia manusia lain jugak.




rilek la, takkan menangis kot baca entri ni?




6 ulasan:

OrenLimau berkata...

sikit lagi jek aku nak nangis...sikiiiiiiiittttt jek...pastu x jadi pulak bila aku teringat ko zikril hakim.

sekian.

cik 18 berkata...

ekellehh..nak cover nanges la tuh...macamlah cik 18 xtaw..

pandangan terpuji berkata...

menyentuh perasaAn

Unknown berkata...

sentimental boleh tahan huahua..

a.r.e.p a.h.m.a.d berkata...

z....
memg aku tesentuh dah...
tetibe bc coment orenLimau.....xjdik dah nk sdeh...
memg btol....
xjdik sdeh sbb pike2 blik ko adalah
ZIKRIL HAKIM....
heheheh~~~~~~

mira_nas berkata...

hayya... tangkap touching betul..seb tak berderai air mata.. tipu je. =p