Sabtu, 25 Disember 2010

ceklis sebelum balik ke sekolah.




1. biasanya sehari sebelum aku gerak, aku akan pergi ke bengkel motor. untuk menukar minyak hitam, pam angin tayar secukup rasa, cek brek cukup makan nasik ke tak, dan cek ketegangan rantai supaya sampai ke kemuncak. yg ni semua pomen tu buat percuma sebab aku biasa datang dengan pisau rambo dan terus acu ke dia.



2. bila motor dah setel, aku akan masuk ke dalam kedai tu terus sambil jerit jerit nama bos kedai tu. saja je nak sergah sikit. bila bos dah keluar, aku akan hulurkan duit motor untuk bulan ini ke dia. dia pun akan sengih sambil tanya aku "apa nombor?" dan aku akan balas soalan tu dengan satu penampar tepat ke pipi sebelah kiri dia.



3. satu lagi kerja kena setel. iaitu pergi ke kedai repair komputer dan ambil balik Cerebrospinal Programming Undetectable atau nama ringkasnya CPU komputer. benda ni rosak haritu, hantar ke kedai entah dah berapa hari tak siap siap. nasib baik laptop aku rosak haritu, aku kencing sikit ke dia, baru la tekebil kebil nak repair.  lupa pulak nak kencing untuk CPU ni sekali. sembang nak dasyat je "ini dua hari nanti abang datang balik, ok?". dia punya dua hari rupanya dua minggu. lihat betapa tekunnya dia buat kerja.



4. aku nak pergi bandel. ingat nak cari sikit baju ke apa ke. haritu sempat beli seluar jin hitam je. tapi yg ni mungkin aku tak buat kot sebab duit sekarang berada pada paras kritikal. aku dah nampak beberapa helai baju bandel yg boleh tahan bandelnya. senang cerita, dah point dah la baju tu. malah aku siap asingkan lagi baju tu, aku susun di tempat yg tersorok sikit. bajet nak datang balik la dua tiga hari lepastu. tak apa, tunggu tahun depan aku datang balik. kalau dah tak ada. memang aku bakar kedai tu hidup hidup.



5. satu lagi benda yg bermain di fikiran. kasut futsal. benda ni sangat merunsingkan naluri lelaki aku. dan benda ni jugak dah jadi macam keperluan asas sehari hari untuk seorang yg berkehidupan bujang. yg ni pulak, kena tunggu aras kewangan aku, melebihi aras banjir. baru boleh beli agaknya. tak apa, aku simpan dulu hajat ni. 



6. satu lagi, gitar akustik. dah lama aku berangan nak petik gitar yg bunyinya sedap sedap untuk didengar. tapi sekali lagi duit jadi penghalang. eh haram jadah betul la duit ni. apasal asyik asyik ko je yg nak halang aku? jangan sampai nanti aku nak kahwin pun, ko jugak yg jadi penghalang. memang aku kahwin kat Siam la. tapi kat Lombok pun macam bes juga. ahh mana mana jelah. 




******



aku rasa ini bukan ceklis, tapi lebih kepada wishlis. ahhh. aku peduli apa. doakan aku selamat sampai Puncak Alam, di dalam perjalanan yg mungkin memakan masa dua jam setengah. dan aku pasti akan merindui suhu Ipoh yg nyaman serta strawberi yg baru nak subur di Ipoh.








5 ulasan:

Enon berkata...

selamat zack!!!

Tanpa Nama berkata...

part last tu mcm musykil. bile ipoh ader tanam strawberi?

tikusmando berkata...

tq che enon.


sejak orang takut nak turun Kaymeren.

Admin berkata...

haha...entry yg menarik...

manis berkata...

hahaha...like entry ni...