Selasa, 4 Januari 2011

katakan tidak kepada...

aku tak sambut langsung tahun baru. pada aku, semuanya hanyalah semata-mata peningkatan pada angka belakang sahaja, daripada kosong kepada satu. dan ianya akan terus meningkat.



begitu juga ceritanya tentang semester baru. orang lain sibuk ke kelas, aku pula terdampar di bilik. hari pertama, kelas tak ada. dan tiap-tiap hari isnin yg bakal mendatang pun bakal menjadi sesuatu yg sama. sebab memang jadual sudah memaktubkan yg hari isnin tak ada kelas.


mujur la hari isnin tak ada kelas, sebab aku memang tak suka pakai baju semat-semat dengan tali leher, lepastu kasut hitam kena pinjam orang punya. ye, aku sangat miskin. aku seorang yg sering ditinggalkan oleh duit, ala-ala orang yg putus cinta yg ditinggalkan awek.



sekarang berlakunya pergolakan di dalam komuniti lelaki kelas aku. semuanya gara-gara perlantikan wakil kelas yg baru. semuanya katakan tidak kepada wakil kelas. semua turun tangan. semua mengelat.


sudah jadi adat untuk menukar wakil kelas, bila semester baru menjelang. perkara ni aku dah fikirkan semenjak aku dari semester satu lagi, atau lebih tepat, sejak daripada semester yg ke negatif berapa entah.
benda-benda wakil kelas ni, aku memang tak boleh.



aku memang tak mampu nak tanggung tanggungjawab yg berat. tak terjawab nanti apa yg aku tanggung tu. pendek akal la siapa yg mahukan aku sebagai wakil kelas.


antara keburukan aku yg bakal menggagalkan aku sebagai wakil kelas ialah:


1. suka tidur

2. miskin

3. tidak kacak

4. selekeh

5. tidak menepati masa

6. hilang fokus di dalam kelas

7. tiada sifat kepimpinan

8. mundur

9. kurus

10. tiada awek

11. kurang bijak

12. sangat serius

...

...

...

99. tidak minat hiburan

100. rambut panjang

101. sering mencemuh pakgad




sedar tak sedar, teruk juga aku ni. dah 101 dah. yg lain pandai-pandai la kau orang sambung.

8 ulasan:

MarY_z berkata...

haa.. da nampak da. haa yes yang tu. yang tu. da memang rupa seorang pemimpin. 'merendah diri'

cik 18 berkata...

bagus2..lu senarai panjang2 nih, lagilah orang nak pilih lu jd pemimpin...sebab dgn jadi pemimpin la lu dpt ubah sikap2 lu tu...

haha..cube senaraikan yg baik2..mesti org menyampah...sure org xpilih lu..

ke lu buat ni sebab lu memang nak jadi wakil kelas???

a.r.e.p a.h.m.a.d berkata...

z...
jgn hrap ea nk mengelat...
sem ni memg giliran ko...
AKU SOKONG ZAECK!!!!!~~~

hahahhaa~~~

TIKUS MANDO berkata...

aku demam kepialu la hari ni. tak dapat datang kelas.

deqieza berkata...

heh..berkempen ek

~ctnajihah~ berkata...

ala.. asal bkn ko yg jd klas rep.. kecewa sudah.
hahaa..

~~NuR~~ berkata...

tw xpe..npe bkn ko jd ni? xpe2..next sem ak kempen tok ko abeh2 nnt..hahaha!!

surayabahar berkata...

emm. kenape tak kacak pn masok?
haha