Sabtu, 18 Disember 2010

hai abang.

sudah lama aku terpisah dengan dunia global. hidup ini sudah seperti si putera katak di bawah tempurung. kini aku kembali. dan aku nak cerita sesuatu yg membolehkan aku bangga dan bongkak seketika.


sudah lama juga hidung ini tak dikembangkan secara meluas. kali ini, hidung yg mempunyai dua lobang yg menghala ke bawah, yalah, sapa punya lobang hidung yg menghala keatas. kalau hujan, pasti lemas.


sudah, bukan soal hidung yg aku mahu ketengahkan disini. kekok rasanya bila hampir beberapa minggu tidak menaip. sampaikan aku cari butang love di papan kekunci ni. dan baru aku sedar, butang tu memang tak wujud.



di keheningan malam yg tak terlalu hening,



"abang, abang ni dah kawin ke belum?" tanya salah seorang daripada dua orang awek yg terkial kial di depan aku. seperti malu tapi mahu untuk bertanya.



"sudah. kenapa?" balas aku untuk menguji reaksi dua awek itu.



"tipulah. kalau dah kawin, mana isteri abang?" bidas si perempuan itu sambil tersengih sengih manja menampakkan gigi.



"abang dah ada awek belum?" tanya seorang lagi perempuan. soalan yg boleh tahan lurus ke titik.



"abang kan dah kawin, mana boleh ada awek dah." aku berikan penjelasan wajar agar dia kecewa.




ini boleh dikira sebagai menggedik ke? aku masih lagi tak mengklasifikasikannya sebagai gediks. tak apalah aku bagi peluang. mungkin mereka saja nak beramah mesra dengan aku. aku faham. rasa ingin tahu mereka yg mendalam. hormon pun mungkin membuak buak agaknya.





bahaya juga soalan soalan perempuan umur lima dan enam tahun zaman sekarang ni ye. tak sabar nak berlaki gamaknye.

1 ulasan:

a.r.e.p a.h.m.a.d berkata...

z....
bila nk jd kenyataan soklan2 tu sumer...
xsabo rase...
huahuahua~~~~