Rabu, 8 Disember 2010

mesej tak sampai?

budak budak batch aku nak buat jersi kenang kenangan. rentetan itu, aku ditugaskan untuk membuat satu survey berkenaan nombor dan nama yg bakal tertera di belakang jersi itu kelak. untuk memudahkan kerja kerji aku, maka aku telah menghantar mesej kepada budak budak ni sekaligus.



"Adil nak buat jersi harga dalam RM40. nak nombor dan nama korang. design pakat pakat pilih kat fesbuk. naik cuti ni siap, sebarkan."



mesej ini ringkas bukan?mesej inilah yg aku hantarkan ke kesemua budak budak yg terlibat dan berkenaan. responnya boleh tahan. sejurus sahaja mesej dihantar, banyak pula mesej yg masuk.



tapi ada satu mesej yg aku agak kurang senang bila melihatnya.




"2008402806, Muhammad Firdaus bin Zainuddin"







budak ni karang aku sumbat betul betul nama dengan nombor tu belakang jersi dia, baru dia reti nak paham gamaknya.

6 ulasan:

Unknown berkata...

Hahaha.. salah faham tu der...

Zack, stylle kut letak no matriks ng nama penuh.. Memang penuh jersi tuh.. haha

Cik Tulip berkata...

letak je. mesti best. hehe

mate berkata...

daus mmg tervaek!!!!

Zatiesiska Abdul Rahman berkata...

bhahahha kim salam 2008402806 :D

hamzah ian berkata...

rile2.. haha

...sarah n... berkata...

ko nak nombor macam mane lagi? byk nombor ada. no tepon henfon, rumah, matrik, akaun bank, ic, no passport pun ade jgk kadang2. ke nak nombor plat?