Selasa, 7 Disember 2010

zaman susah payah.

amatlah menyeksakan untuk aku tempuh kebelakangan ini. dengan keadaan diri yg belum stabil kerana sistem kewangan yg hampir lumpuh. nak nak pulak, si laptop koma. dah lebih kurang beberapa hari tak bukak mata. ala ala Faizah Elai dalam cerita Asmara tu. tapi FE mata melopong.


hati aku hanya mampu membingkis, supaya segalanya kembali normal. ya, normal. itu sahaja yg aku mahukan. disaat diri aku dihamburkan dengan bibit bibit kebosanan yg tak berkesudahan, tatkala itulah kejadian kejadian seperti ini menimpa.


izinkan aku untuk berkata, shit! shitting everywhere! shitting everywhere everyday! shitting everywhere everyday to everybody!


ok. aku puas.


aku harap kau orang faham. bukanlah mudah untuk mengapdet belog menggunakan kompiter rumah yg sememangnya mempunyai tahap lembapan yg tinggi. sampaikan nak refresh saja pun dah ambil masa setengah minit. inikan pulak kalau nak diajak berlumba dengan si arnab. konfem menang la kalau si arnab tu tertidur.


dah dah. ada banyak benda lagi kepala otak aku nak kena pikir ni. SPM pun tak berapa nak habis lagi.

Tiada ulasan: