Selasa, 21 Disember 2010

inspirasi sanubari.

mak bapak tak pernah mengeluh bagi kita makan, besarkan kita, dan menyekolahkan kita. sampailah dah besar masuk universiti. didikan yg kita terima tak pernah berkesudahan. belajar tinggi tinggi sampai menara gading. walaupun universiti aku setakat ni aku tak pernah jumpa lagi menara bergading tu.



kenalah bijak menguruskan diri sendiri. supaya teratur. bukan menguruskan diri daripada lemak lemak berlebihan, itu rasanya aku tak perlu. masa itu sentiasa berjalan pergi, kadang kadang kita rasakan yg ia berjalan pergi, dan kadang kadang seperti berjogging dan kadang kadang berlari pecut meninggalkan kita. cuma antara kita sedar atau tidak, dan antara kita waras atau tidak untuk memenuhi setiap detik masa yg berlalu itu.



setiap pelajar universiti, semuanya akan mengeluh kalau belajar lama lama. tapi bila cuti lama lama pun, sama jugak. malah keluhan itu mungkin lagi kritikal. ye kita semua sama. manusia memang semuanya sama. sentiasa inginkan sesuatu yg bukan milik mereka.



maal hijrah pun dah lepas. tahun baru pun sudah hampir berkunjung tiba. segala azam azam mulalah disemai dalam jiwa. kononnya untuk memasang sesuatu objektif untuk dituju dan dikejari serta dikecapi agar tahun berlalu dengan tidak sia sia.



sebagai seorang aku, sudah menjadi kebiasaan untuk bangun di awal pagi, dan bersiap siap untuk ke kelas. sifat suka untuk belajar, sudah lama ditanam di dalam diri. langsung tidak pernah mengeluh jikalau kelas padat macam iklan milo sekalipun. malah menjadi tak keruan jika kelas banyak yg batal atau terbatal. apatah lagi untuk memonteng dengan sengaja, sedangkan niat untuk ponteng pun tak pernah melintas menggunakan jejambat di dalam kepala otak ni.



ini barulah pelajar namanya!




tapi,




*jadual dipetik daripada belog Bila Kala Berbicara.





bosan juga kan kalau jadual macam ni? agak agak kalau aku nak mintak kerja sambilan Kumon ke, kedai potostet ke, Petronas ke, kedai makan ke, tukang paip ke, kesyier kedai mamak ke, takpun jual sayur dekat Econsave, lepas tak?

9 ulasan:

Shoot Vengeance berkata...

menarik jadual ko. yeahh boleh keje

surayabahar berkata...

ko an suke tito.
ok ar tu
haha

cik enon lalalaa berkata...

4 subjek je ke?
ko part bpe nie zack?
last part ek?

...sarah n... berkata...

aku pn kls 5jam je seminggu.2hari. tp yuran plg mahal sem plg sikit sabjek. tu yg xtahan tu.

Tanpa Nama berkata...

kerja part time plg sesuai adalah pak guard sbb ko ade bnyk mase tok TIDOR di siang hari!

OrenLimau berkata...

perghhh.best gila jadual wehh.jeles

Tanpa Nama berkata...

kalo agak2 plajar cmerlang sgt, meh kite tukar jadual.

TIKUS MANDO berkata...

baru nak masuk part enam.

yuran ukm mau tak mahal.

pakgad tak sesuai, abang gad sesuai kot.

jom tukar jadual!

aznee yunos berkata...

gila best jadual ko, dik. kejer jer part time.dapat pengalaman.kalau keje fast fud, dpt makan haha~