Khamis, 23 Disember 2010

menyentuh emosi dan memukul sanubari.

macam biasa. sebagai remaja yg penuh didikan tentang isu semasa, dan juga sebagai remaja yg berwawasan, sudah pastinya tidak akan lekang dengan budaya lepak melepak di kedai kopi mahupun kedai mamak. budaya ini mungkin dapat dibendung sekiranya menghadkan waktu kedai mamak beroperasi daripada 24 jam sehari kepada dua jam, atau dua jam setengah sehari.



bukan mudah untuk melihat remaja yg bukan sahaja melepak-lepak kosong, tetapi, mereka membincangkan tentang segenap isu semasa dan keruntuhan akhlak remaja zaman sekarang, termasuk isu penggunaan plastik menggantikan kondom. apa nak jadi dan apa dah jadi dengan remaja yg baru nak matang dewasa ini?



sebagai peringatan, bukan senang untuk melepak dengan penuh emosi. emosi suka duka, dihimpit gembira dan disulami gelak ketawa. bukannya mudah. malahan, terdapat juga misi disebalik perlepakan yg berlaku disitu. aku malas nak cerita panjang, lihat sini dan lihat sana.



tapi sepanjang aku melepak ngeteh (untuk teh)/ ngopi (untuk kopi)/ ngoko (untuk koko) ni, aku tak pernah begitu beremosi. ya, aku akui, sangat bermosi. dan aku pasti, sesiapa sahaja akan mengalami sebab yg sama untuk beremosi.




"oi zack, duit aku tinggal seringgit je, nanti ko belanja la aku kopi o ais ke" (the melaka man, hujung 2010)












sangat menyentuh emosi dan memukul sanubari.

1 ulasan:

Unknown berkata...

berlinang air mata~