Khamis, 2 Disember 2010

Onar-Onar kehidupan.





tadi aku sempat berborak dengan Ikhwan Annas, rakan sepeng-onaran aku sepanjang tempoh di Ipoh ni. beliau merupakan Onarist yg True jugak la. secara sinopsis dan sinisnya, aku dan dia berborak pasal kehidupan. atau lebih tepat lagi, liku-liku dan onar-onar hidup di dunia ini dalam menginginkan sesuatu yg sememangnya menjadi lumrah setiap manusia.


perbualan itu diterjemahkan seperti di bawah:





siapalah aku ni
hanya musafir di pdg pasir

datang bertandang ke lembah subur..
penuh makanan tanpa surut..
mengapa mahu bermusafir, kalau sudah ketemu..
aku sadar siapa diri ini
saudagar hina
siapalah yg akn memandang.....apatah lagi menaruh hati
kehinaan bukan ditentu oleh tanggapan diri..
hanya dari pengaruh hati
dan budi pekerti
cantiknya diri diukur begini
namun merajuk hati siapa lah yg tahu
duduk terpinggir mencari pelangi
namun tak jua sang bidadari jatuh ke bumi
saat begini bukan menyerah diri
cuba sentiasa tanda tekad di hati
akhirnya dia pasti mencari
baru tersedar dari mimpi
rupa-rupanya musafir menyita sepenuh hati
*menyinta
pedih sungguh ulu hati
menunggu tatkala saat ia menyedari
runtuhan jiwa dan sanubari
menghiasi persada nurani
lantaran tiada tindak balas sang bidadari
manakan dapat hasil kalu tidak disakiti
lumrah alam sungguh misteri
begitulah hakikat ciptaan Ilahi
perlu usaha tanpa berhenti
merintih jiwa meraung raga
apakan daya tiada usaha
kecut gentar hati kecewa
jikalau berdusta, alam kan bergempita
belumpun cuba sudah berundur diri
apakah ini lelaki sejati
pasti hampa disiang hari
kalau sang bidadari dirampas lari..
jikalau terjadi, kurelakannya pergi
pergi bersama si jejaka misteri
siapalah diri untuk menyaingi
sitampan misteri, penambat hati
usah gusar musafir diri
kalau sudah jodoh pasti tidak akan lari
aturan Ilahi sangat misteri
hanya Doa mampu aku susuli
buat sang musafir meneguh hati
sokongan darimu ku sangat harapkan
untuk diri terus kehadapan
mendayung kehidupan yg bagaikan sampan
tanpa perlu menyimpan-nyimpan
ketahulah musafir diri
aku sentiasa dibelakangmu berdiri
rakan-rakan mu jua turut berdiri
beri sokongan agar kau kuatkan hati..
10:56pm
bertuahlah diri berkawan begini
sugul dan murung, makin menjauhi
wajah kembali berseri seri
senyuman terukir sehari hari







*hijau tu aku.
*oren tu bukan aku; Ikhwan Annas.




4 ulasan:

Unknown berkata...

Oi~ terasa seperti ada orang mengata tentang diriku~

Shoot Vengeance berkata...

mantap seh BM korg. kagum.

Tanpa Nama berkata...

menyita.

Tanpa Nama berkata...

hebat.terkedu seketika