Rabu, 1 Disember 2010

untuk itu untuk ini.



penggunaan untuk dalam percakapan seharian memang tidak dapat dinafikan untuk memantapkan lagi struktur ayat untuk menjadi mudah difahami. namun bagaimana pula bila untuk yg terlalu banyak digunakan, untuk menjadikan ayat itu lengkap dan untuk meningkatkan daya pemikiran seseorang untuk dia memahami ayat itu.




tidaklah sukar sebenarnya untuk membuat ayat yg mempunyai banyak untuk, kerana untuk memahami ayat yg mempunyai banyak untuk, adalah lebih sukar. untuk apa ayat yg mengandungi banyak untuk digunakan? jawapannya adalah untuk menghilangkan segala keluh kesah dek kebosanan yg terpapar di setiap penjuru hidup tatkala musim cuti.




mungkin sesetengah orang berpendapat yg ayat yg mempunyai banyak untuk, merupakan sesuatu yg tidak kool. namun untuk memadam defisit itu, penggunaan ayat ayat seperti ini mungkin mampu menaikkan lagi taraf untuk di persada dunia dan juga untuk menaikkan lagi api api kemarahan bagi sesiapa yg tengah pening pening nak baca entri ni.




untuk menjelaskan kenapa untuk diperkatakan pada kali ini, semuanya berpunca daripada pengutipan sewa rumah. saudara Azri meminta aku untuk memberitahu saudara Faiz Ujg akan hal berkenaan sewa rumah, lalu aku menyampaikan pesanan itu menerusi laman sosial yg paling hangat dewasa ini yakni fesbuking.





"azri pesan kepada aku untuk pesan kepada ko untuk bank in kan 120 sblm 2hb ke dalam akaun dia untuk bayar duit deposit sewa rumah untuk kita duduk sem depan untuk kebaikan bersama."












lihat bagaimana penggunaan untuk mampu untuk diaplikasikan di dalam kehidupan seharian untuk urusan urusan rasmi yg memerlukan kecekapan dan penyampaian maklumat yg diyakini dan tepat.





untuk untuk jugak, ni duit sewa rumah ni nak cekau mana? tolong kelik nafneng tu banyak banyak untuk tingkatkan amalan jariah untuk kebaikan bersama.





2 ulasan:

cik 18 berkata...

tibe2 aku rase ko layak jadi cikgu Bahasa Malaysia...

bukak kelas tusyen cuti nih UNTUK mendapatkan duit UNTUK membayar sewa rumah UNTUK sem hadapan....

ahh..cool plakk

OrenLimau berkata...

cis!berbelit-belit...menyampah!lalalala