Sabtu, 22 Januari 2011

dia si Janda Ter-Baik.

pagi itu, aku bangun awal dari lamunan mimpi. sekitar jam 7 suku. rekod yg boleh dibanggakan untuk dikongsi bersama. susah, perkara yg agak susah namun aku telah laksanakan. mendapati yg pagi itu menunjukkan pangkal 7, adalah perkara yg jarang-jarang terjadi kebelakangan ini. semuanya gara-gara dia. lelaki mana yg tak teruja bila dengan dia?



lupakan dia buat sementara, berbalik kepada cerita.



selesai sarapan, aku dan lain-lain terus memeriahkan jalan raya di pagi hari Thaipusam. seronok juga kadang-kadang dapat memberikan sumbangan di jalan raya. kesesakan lalu lintas memang memberi seribu makna. aku belajar untuk lebih menghargai jalan raya, malah aku juga belajar untuk memaki kereta-kereta yg tak masuk sekolah memandu, dan parkir merata-rata. mereka ini sangat bagus dalam memberikan nikmat kesesakan lalu lintas kepada pengguna lain. nampaknya tiada alternatif lain selain melalui Gua Batu.




sudah dua tahun aku merayakan Thaipusam di dalam kereta dan di jalan yg sama berbekalkan agenda yg berlainan. sudahlah, aku tak mahu ingat peristiwa tahun lalu. ianya agak keterlaluan untuk aku mengingatinya.




dapat juga aku berjumpa dengan dia. suhu dia yg sedikit sejuk, seperti menyambut-nyambut kedatangan aku dan lain-lain. itu pun setelah sesat sana sini, simpang itu dan ini. tak kisahlah, yg penting selamat sampai.




tempat mandi yg bergelar Lata Carok (atau dalam Bahasa Inggerisnya, dipanggil Lata Karok) memerlukan pendakian meredah hutan dan mengharung lumpur untuk sampai. sepanjang pendakian, terdapat beberapa ekor pacat yg cuba untuk menjadi warga asing di kaki aku. namun usaha mereka digagalkan kerana aku ada membawa GPS yg mampu untuk mengenal pasti lokasi pacat di sekitar kawasan itu, juga, boleh mengesan jarak pacat yg paling hampir dengan aku.



aku yakin, semua pacat yg mencuba nasib di kaki aku, kesemua mereka berjantinakan betina. malah hampir semua dari mereka ialah janda-janda yg ditinggalkan suami masing-masing kerana mencari nafkah. tetapi, aku tahu mereka baik-baik belaka. dan ini membuatkan aku sangat bersetuju dengan nama tempat itu.




sudah, lupakan pacat-pacat janda tadi. air terjun tingkat ke-5 merupakan pilihan semua orang, dan aku sangat berpuas hati kerana dapat mandi disitu. sejuk air itu, menyucuk-nyucuk deria rasa di pelusuk badan aku. tak lama di dalam air, badan aku sudah pun terketar-ketar menggeletis kesejukan. dan pada masa itu, aku masih lagi mampu untuk berkata "ah, tak sejuk pun, yg ko menggeletar apa hal?" kepada yg lain-lain.




bila sejuk, aku akan mula naik ke daratan dan menenggek di tepi orang yg menjaga barbikiu. menagih simpati untuk mendapatkan bersuap-suap ayam dan daging berger. dan kemudian sambung mandi semula.




apa aku cerita ni? sudahlah. aku malas nak cerita. nanti bila-bila senang aku letak gambar.





ahhh. Janda Baik memang terbaik. sebenarnya aku nak beritahu ini sahaja.

1 ulasan:

a.r.e.p a.h.m.a.d berkata...

bestnyer z....
klw aku xkna blik umah...
cnfirm aku dah ikut...
huhuhu~~~~~