Isnin, 31 Januari 2011

tafsiran.

belog sampah macam ni, tak apdet pun tak apa, takkan ada orang yg kesah. jadi senang lah kerja aku. lagi pun, memang aku malas. cuti seminggu ni aku ingat nak bagi cuti jugak kat belog ni.



sumpah aku benci menaip guna kibod kompiter tahun 2002 dalam rumah ni. kalau jari-jemari penari kebudayaan digunakan untuk menaip, memang dah patah riuk dah. nasib baik jari aku keras sekeras hati aku. hati kental lah katakan.



ni makcik aku, selalu main fesbuk. maju, sama macam mak aku. aku bukan apa, bagus sebenarnya. sebab boleh imperuv inglish katanya. bila fikir semula, memang penting pun inglish edukesyennn. walaupun inglish aku tak lah sehebat mana, tapi, aku masih lega sebab ianya tidaklah sesampah mana. jadi, aku akan cuba bantu sedaya upaya makcik aku tadi, bila dia tanya maksud daripada inglish yg nak dimelayukan ataupun melayu nak ke inglish.




sampailah ada sekali tu, aku rasa macam nak hempuk kepala ke dinding.






"apa makna Sebastian?"









kena beli kamus tafsiran nama kalau macam ni, berat ni. kalau tak macam mana aku nak tahu nama Sebastian tu maksud dia apa? ke ada sapa-sapa tau?




   

5 ulasan:

Ungu berkata...

malangnya,
aku penanti setia blog sampah kau.

Nama itu familiar.

Oh.
Sebastian itu kawan Ariel dalam The Little Mermaid. Aku rasa aku remaja unggul bila aku ingat semua ni.

TIKUS MANDO berkata...

jangan sebut nama Ariel. aku sangat mencemburuinya.

a.r.e.p a.h.m.a.d berkata...

zaeck...
aku juga penanti setia belog ko nh...
jgn ko abaikan belog mu ini!!!
huhuhu~~~~~

*blikan je kamus...
dapat pahala....ahakss~~~
hahahah~~~~

MarY_z berkata...

belum tahap sampah lagi kalau tak boleh buang tisu terpakai kat sini. kan? ke dah boleh?

TIKUS MANDO berkata...

tisu yg belum pakai pun boleh kalau nak buang.