Khamis, 27 Januari 2011

ter yg disengajakan kerana bertangguh.

celik-celik mata je, dah tengahari. orang lain sibuk pergi kelas, aku pulak sibuk tarik selimut. feel. kerja tak siap, tak payah pergi kelas. kalau buat kerja-kerja tu semudah buat taik mata, hari-hari aku pergi kelas. cuti pun aku pergi jugak. taknak cuti pun, kalau boleh.



ini tidak, tidur lambat. rugi masa tidur. semua sebab kerja. ya, aku buat kerja. konon-konon buat. tak kisahlah, asalkan terbuat. dan pagi tadi, ter yg disengajakan telah berlaku. senang cerita, ter itu sudah pun dirancang sebenarnya. supaya ia kelihatan benar-benar ter. dan diri pun tak akan rasa bersalah yg terlampau. benda ni normal untuk lelaki-lelaki tipikal yg malas dan suka bertangguh macam aku.



itulah balasannya untuk kerja-kerja yg sangat bertimbun. kau dah menyusahkan aku, dan kau ingat aku tak ada masa untuk bersenang-lenang? nah. aku dah bersenang-lenang dalam selimut pagi tadi. feel. ketagih nak buat lagi.



pelajar mana yg berdoa supaya dikurniakan kerja yg banyak? ada? mari heret dia kemari, dan aku akan buat dia berkata benar sambil acu pisau ke leher dia.



sebenarnya kerja yg banyak ke atau sikap tangguh-menangguh yg banyak? tak feel la buat kerja awal-awal. nanti diri nampak huru-hara. cuba amalkan sikap bertangguh, mesti nampak lebih rileks dan konon-konon pelajar yg true. 








tapi. ya, ada tapi nya. ada satu perkara yg aku cukup pantang kalau ditangguhkan. pantang bukan tahap nenek moyang lagi dah, bukan tahap pantang orang lepas bersalin, tapi pantang tahap pantang-larang punya.
kalau terjadi, boleh menyebabkan pergaduhan dan rusuhan sesama insan. baling-baling batu, buang-buang bayi, tembak gas pemedih mata, puluru getah, naik kereta perisai dan sapu darah di muka pun belum tentu lagi dapat meleraikan rasa marah yg membuak-buak.





nasib baik.





sekarang ni, benda tu tak ada lah ditangguh sangat. sekarang, hati senang. jalan pun dah boleh bersiul-siul. kerja sekolah tak siap pun boleh bergaya seperti dah siap. perut yg lapar pun boleh disuap dengan sesuatu yg berbaloi. cuma perut jangan ke depan sudah lah. harap-harap tak.





jangan tangguh-tangguh masukkan duit budak sekolah macam aku ni. kalau tak, gelap masa depan negara nanti.

4 ulasan:

cik 18 berkata...

hak hak hak....

dah masuk ek??...jom join gua..wat pasport, gi bercuti..


lu tau tak sbb ape dorg wat keje lembab?? sbb dorg pon mcm lu dlu..cepat2 xfeel la..tangguh2 baru pekerja yg true!

Ungu berkata...

abah aku itu hari terlambat masukkan duit, apabila aku langsung tak ada seringgit pun di tangan,mahupun di poket.

kau bayangkan hidup aku yang merempat sepanjang hari, mengharap belas rakan-rakan.

TIKUS MANDO berkata...

-kalau pergi Serawak kena buat paspot ke ha?


-aku pernah lalui kehidupan 'mengemis di tepian kain orang' itu.

najwa aminah abas berkata...

Aku ske tido sambil mate terbukak..
supaye.. aku boleh tgk orng yang kire2 duit waktu malam...

erm... itulah die...