Ahad, 23 Januari 2011

budak-budak sekarang.

aku cuba cari balik tune untuk diri aku. jadual waktu kehidupan seharian aku, nampaknya semakin tersasar. bukan lagi di landasan. dan apa yg aku perlukan ialah tuner supaya aku dapat kembalikan semula kehidupan aku ke landasan.



setiap hari tidur lewat. tapi apa yg aku dapat? kerja tak pernah tergerak atau digerakkan. apa yg aku buat sampai tidur lewat? yg ini, aku tak pasti. aku rasa laptop ni dah ganti peranan bantal peluk lah sekarang ni. mungkin internet sebagai tilam empuk.



tapi tak kisahlah. walau aku tidur lewat macam mana pun, aku tetap bangun awal. tapi kawan-kawan aku sangat kisah. bila aku bangun awal, aku selalu akan cakap yg aku kurang atau tak cukup tidur. mereka mesti pandang aku dengan muka paling menyirap dan sinis sekali, lepastu terus tak layan aku. kira ok lah tu kan? pada aku, awal tengahari pun masih dikira sebagai awal.



ada lah suatu malam tu, dalam 2 ke 3 pagi jugaklah. ok, bukan malam lagi dah. ada lah suatu pagi tu, dalam 2 ke 3 pagi macam tu. pintu rumah sewa ni mendapat ketukan yg sayup-sayup kedengaran. bila dibuka pintu tu, muncul 2 ke 3 orang budak sekolah yg masih bersekolah (tapi tak berpakaian sekolah la, logik sikit). dalam lingkungan belasan tahun kot. salah seorang tu, jiran sebelah rumah ni.



"bang, pinjam gitar boleh?"



entah mana-mana la dia tahu yg aku ni ada gitar. padahal aku tak pernah pun iklankan di surat khabar atau di Mudah.my




"kejap" dan aku pun pergi bilik, ambil gitar.



"nah, tapi ni gitar bodoh-bodoh jela" aku cakap macam tu sebab tu gitar murah. itu je yg aku mampu. lagi pulak, aku pun bukan hebat sangat main gitar.



budak-budak tu pun ambil, dan berlalu pergi. eh aku tak faham lah budak-budak sekarang ni. duk melepak main gitar tengah-tengah pagi buta. tidur tu kan jauh lebih menarik. sudah tu, main tanpa arah tuju pulak. cuba waktu macam tu, pergi ke surau qiamullail ke, ronda perumahan ke, gotong-royong ke, tangkap nyamuk ke,  macam-macam benda aku persoalkan dalam hati.



cuba jadi macam aku, aku akan petik gitar bila aku lapar, bila aku bosan, bila aku terpandang gitar, bila aku malas buat kerja, bila aku jemu melihat status orang yg sama di fesbuk, bila aku teruja dengan lagu-lagu feveret, dan bila-bila aku suka.




cuma satu je, budak-budak tu memang bagus. sekarang tali gitar paling bawah dah teburai. dan yg lagi bagus, sampai sekarang jugak la aku tunggu budak-budak tu datang dan bawakan tali gitar baru. kalau tak mampu belikan tali gitar, belikan gitar baru pun aku terima. langsung tinggal harapan.




cuma ada dua benda je yg menahan aku daripada pergi dan cengkam kolar baju budak-budak tu.




pertama, aku memang nak beli gitar baru. tunggu duit jatuh ke riba.




dan kedua, nasib baik lah kau (budak yg berjiran dengan aku) ada kakak yg selalu keluar petang-petang lantas membuatkan semua bebudak dalam rumah ni tiba-tiba nak main takraw petang-petang.

9 ulasan:

Ungu berkata...

ya. dia bernasib baik dia ada kakak yang suka keluar petang-petang.

tapi hati-hati.

bapak dia (yang mungkin bermisai lebat) mungkin suka keluar petang-petang juga.

TIKUS MANDO berkata...

bapak dia selalu cukur misai. itu cukup melegakan.

Cikgu Fikri berkata...

hahaaahha..
biasalah kanak2 zaman skrg..
huhuh :)

cik 18 berkata...

kau pasti tu kakak dia?? bukan 'akak2'??? hahaha..

MarY_z berkata...

kalau berblogging itu satu assignment, pasti dah tak payah risau deadline. hari ni bagi tajuk, sedari minggu lepas dah boleh siapkan. malangnya....

najwa aminah abas berkata...

dulu time aku form 1 aku selalu main gitar... sekarang....

semua itu tinggal kenangan....

cik ungu berkata...

kakak kuar petang2 ye... betol...
si adek patut berdoa agar akaknye sentiasa kuar petang2.

lini hasnan berkata...

kim salam kat syafik apik eh. :)

TIKUS MANDO berkata...

-aku kurang pasti antara kakak dan mak muda dia

-aku pasti yg itu adalah kakak dia! (berdarah hidung)

-memang malang, esaimen tak akan disentuh melainkan sudah saat terakhir.

-kembalikan kenangan itu semula!

-memang, kalau tak, bosanlah petang-petang.

-nanti aku sampaikan salam itu.