Isnin, 7 Februari 2011

Edisi Khas ONARISM dan Kontes.

Cuti. Apa itu cuti? Kalau tanya aku, aku akan cakap yg cuti itu ialah Cuba Untuk Tidur Indipendenli (bebas). Tidur itu perkara yg semua orang buat, terutama taim cuti. Berehatlah, kononnya. Tak mengapalah, sebab bagaimana kita mengolah cuti tu, bergantung kepada kita sendiri.



Cuti Cina raya haritu, macam biasa budak-budak Ipoh dah buat aktiviti 'Terjah'. Terjah tu subjektif. Jadi aku malas nak cakap banyak pasal Terjah. Bebudak Ipoh memang suka buat benda saat akhir, dan tak terancang. Tapi, benda-benda yg macam ini lah yg selalunya menjadi, berbanding benda-benda saat awal dan terancang.






kalau tak percaya, tepuk kepala tiga kali. biar Otak Jammed.







Nah, ini lah hasilnya episod Terjah yg sentiasa berkesinambungan setiap kali bebudak Ipoh turun ke tanah Ipoh mereka. Ikutilah laporan separa penuh EDISI KHAS ONARISM kali ini, yg dilaporkan oleh saudara Bulat.







Oh ya, kepada Cik 18, aku memang ada pasang niat untuk pakai I-Fon. Tapi niat tu aku dah tanggalkan semula sebab bila aku fikir balik, aku tak ada gambar-gambar yg comel. Kebanyakan gambar aku semuanya bengis belaka. Susah juga menjadi bengis rupanya.





Dan satu lagi, kepada Jengkingman, aku takut juga kalau-kalau termenang henpon terhangat tu. Aku bukanlah lelaki 'Panas'. Tapi tengoklah, kalau aku rasa aku malas buat kerja, (walaupun aku tak pernah rajin) nanti aku buatlah.








Kalau ada kontes yg bila kalah boleh kahwin dengan Hannah Tan, beritahu aku, aku konfem masuk! Aku bagi orang lain menang dan biar aku yg kalah, sepastinya.

6 ulasan:

cik 18 berkata...

ada orang cakap, bengis tu comel..

hak hak..

aku pon xpaksa..

Aizul berkata...

kalau ko terserempak dengan kontes Hannah Tan tu ko kena ajak aku sekali dowh. serius aku akan kasi korang menang gak.

Ungu berkata...

aku suka kebengisan.

dan aku suka definisi cuti bagi kau.

missAra berkata...

klakar toll..

asybedazzle berkata...

tp bengis ke ? :D

TIKUS MANDO berkata...

- bengis comel kan? kah kah.

- jangan risau, aku ajak ko sekali Aizul! minda kita ada serupa.

- ya Ungu. hati-hati menambah nasi.

- Ara? macam kenal.

- bengis gila vav.