Sabtu, 5 Februari 2011

"mana mari?"

aku ada seorang kawan yg bukan sekadar rapat, tapi dia lah tempat aku melempiaskan segala kutukkan. oh, aku silap, rupanya aku ada ramai kawan yg selalu aku bahan. tak kisahlah.



dalam sekitar jam sebelas pagi tadi, talifon nokia aku berdering. kring kring kringgg. (sumpah ringtone aku memang macam tu). dengan mata yg segan-segan nak celik, aku capai talifon dan jawab panggilan tu.




"oi hang dekat mana? boleh tolong ambik aku tak?" permintaan yg sedikit mengejutkan. sebab si pemanggil tu sepatutnya berada di Shah Alam.


"Ipoh la. hang ada mana?" aku mahu memastikan lokasi sebenar dan situasi sebenar beliau.


"aku ada dekat Kamdar, boleh ambik aku tak?" sebaik mendengar Kamdar, aku terus membayangkan gedung beli-belah yg penuh dengan kain berbanding membayangkan nasi kandar.





***




kawan punya pasal, aku tak pernah berkira. lagipun kita sendiri kenal kawan kita,berbanding kawan-kawan kita yg lain yg memang tak kenal kawan kita tu. aku kenal dia ni. dia ni penuh dengan 'kejutan'. elok-elok duduk Shah Alam intern, tiba-tiba tercampak ke Ipoh. pasti ada sebab yg kuat.




setelah meyakinkan aku dengan berbagai-bagai cerita penuh bunga, maka aku pun mula faham situasi sebenar dia ni. dia bukan jenis penipu, aku tahu. walaupun hebat bermain gitar dan memiliki kulit yg tidak mendapat sentuhan Fare and Levli, dia masih lagi kelihatan segak bergaya dalam apa jua situasi cemas. walaupun ketika itu tidaklah secemas mana.



"aku tak puas hati dengan satu auntie tadi, masa turun bas" dia memulakan persembangan dengan gaya bersahaja.



"apahal? dia nak rogol kau?" buangkan part rogol tu, sebab aku sengaja menokok tambah.




"dia pandang aku, lantas berkata: "Indonesia mari ka?" dia cuba menceritakan episod duka dalam hidupnya kepada aku.




aku hanya mendengar penuh teliti. itu bukan satu benda yg kelakar. sebagai seorang kawan, aku cuba membayangkan bagaimana jika aku ditempat dia. diajukan dengan soalan sebegitu, boleh membangkitkan nafsu kemarahan pada bila-bila masa. orang kata, hati kawan terluka, hati kita merasa.




pada aku, auntie tu telah buat silap besar.





"berani dia tanya kau macam tu ye?" aku cuba menenangkan dia sambil menggeleng kepala. selepas meneguk Milo ais di kedai mamak dengan kadar satu ke dua teguk, aku menyambung lagi.







kalau aku jadi auntie tu, aku tanya macam ni,





"India mari ka?"





boleh tahan rabun juga auntie tu.

8 ulasan:

Ayuni berkata...

hm, menarik....

~ctnajihah~ berkata...

hahaha...
kalo kt z pulak.
"jepon mari ka?"
:P

misz anis berkata...

hahahahahaha...mesti member aty batu...law x,mau dibaling air tu...=p

misz anis berkata...

hahahahahaha...mesti member aty batu...law x,mau dibaling air tu...=p

misz anis berkata...

hahahahahaha...mesti member aty batu...law x,mau dibaling air tu...=p

Ungu berkata...

kau mengamalkan sikap satu malaysia dalam lingkungan persahabatan.
tahniah.

Irfan Isa berkata...

aku taw sapa tu..ehehehe...



http://irfanisa.blogspot.com

MarY_z berkata...

racist! haha