Sebuah kereta peronda polis, dengan pantas
"Turun, turun....keluarkan IC" Seorang anggota polis lantas bersuara sebagai permulaan operasi.
Kedua-dua saspek seperti tidak banyak membantah. Terus turun dari kereta, dan mengeluarkan IC.
"Kamu ni macam high je?" Kata seorang daripada 4 orang anggota polis kepada Saspek 1. Mempertikaikan raut wajah Saspek 1.
"Eh mana ada bang (digunakan untuk memanggil Polis muda), saya memang macam ni." Saspek 1 cuba mempertahankan dirinya. Mungkin akan terus ditembak, jika tidak pertahankan diri. Mungkin.
"Ah sudah, pandang ke atas!" Polis itu menyuruh Saspek 1 memandang mata ke atas, sambil menyuluh mata saspek menggunakan lampu suluh. Ini dilakukan sebagai suatu penyiasatan untuk menentukan samada saspek high atau tidak.
Selesai sahaja berbuat demikian, Saspek 1 dipaksa ke belakang kereta, lalu seluruh badannya di raba. Rasa seperti kelakar pula. OK, mungkin hanya poket seluar sahaja yg diraba. Seketul henset Nokia murahan milik saspek yg berada di poket kiri, dikeluarkan dan diletakkan di bumbung kereta. Begitu juga seketul henset Sony Ericsson milik saspek yg berada di poket kanan, turut diletakkan di bumbung kereta.
Tatkala berlangsungnya upacara meraba poket yg dialami Saspek 1, apa pula yg terjadi pada Saspek 2? Saspek 2 nampaknya tidak perlu melalui semua itu. Apa yg dia perlu ialah, untuk memerhatikan Polis bertugas, menyelongkar seluruh pelusuk keretanya. Dia harus menjadi saksi. Dan dia dipaksa, sebenarnya.
"Kau ni, orang tengah cek kereta kau tu, kau tengok la dia cek apa" Kata salah seorang anggota kepada Saspek 2. Saspek 2 tak banyak membantah, dan terus mengiakan.
Hasil siasatan yg memakan masa lebih kurang 10 minit itu, tidak berjaya menjumpai sebarang bahan-bahan terlarang seperti pil kuda, pil viagra, syabu atau ganja, kayu besbol, sampah-sarap, kemenyan, atau lain-lain bahan terlarang. Jadi kedua-dua saspek clean?
Setelah berpuas hati akan kebersihan kedua-dua saspek, maka mereka dibebaskan. Namun apakah natijahnya kepada kedua-dua saspek? Baiklah, mungkin tadi kita boleh menganggap mereka sebagai saspek. Tapi sekarang tidak lagi, mereka mungkin boleh dianggap bersih. Atau, mereka mungkin sama sahaja seperti orang awam yg lain.
Saspek 1, bermata sepet, kurus, dan berwajah bengis. Nampak tak? Nampak tak yg bermata sepet berbekalkan wajah yg bengis itu boleh menyebabkan anda ditahan macam dalam cerita Gerak Gerak Gerak Khas. Sebab anda macam tengah
Saspek 2, bermata besar, kurus, berwajah bengis, dan membawa beg silang. Nampak tak yg dia ni ada ciri-ciri sapplaiyer? Takpun, ada mengamalkan Ong-Bak.
Sumpah bangga gila. Macam penjenayah kelas atasan. Polis tahan, lepas tu kereta yg lalu dan siapa-siapa yg lalu semua pandang! Nasib baik muka tak berapa nak cukup parut.
Ini sudah masuk kali ke-2. Kali pertama haritu, kantoi bawa kayu besbol dalam kereta. Ganas tak ganas?
Lu langsi, Lu pigi beli tali tangsi!!
12 ulasan:
harem.. da ting-tong lg xmau ngaku.... tegar gile, tu yg dok sepet je.. hahahaha
wat plastic surgery pasneh. tukar saiz mate. besarkan yg kecik (sepet) dan kecikkan yg besar.
gua nak upah lu jadi bodyguard gua la..muke penjenayah macam lu la bagus..
haha...err, abg polis encem x??
ya. saspek 1 akan sering dituduh high, sepanjang hayatnya. itu aku pasti.
ya.sepanjang.
asyek jadi saspek je ni? kesiannnn..
gile kentang~ hek3
saspek 1 sejak dari bangku sekolah lagi sering diperkotak katik kan.. sering di tuduh tidur semasa sesi pembelajaran dan pengajaran.. tak sangka dah meningkat dewasa jadi tertuduh penjenayah..
-Anas: aku clean, tapi bukan cleaner.
-Bella: kecilkan yg besar? ada kaitan dengan peha tak?
-Cik 18: tak ada hal. abam polis tak bengis macam aku.
-Ungu: selagi hayat dikandung badan.
-lini hasnan: penjenayah handalan la katakan.
-deqieza: mana kentangnya? he he.
-Cik enon lalalaa: tak sangka kau tahu sejarah hidup aku.
haha..susah la kalau lahir memang dah bengis..
cuak jugak kot.. buat basah tiak je.
gua lag bengis dari dua2 saspek.
Catat Ulasan