Sabtu, 5 Mac 2011

Bermain dengan Saikologi.

Sepanjang aku bernafas dan menikmati kehidupan dunia, dan setelah aku merasa garam dengan lidah aku sendiri, dan setelah aku pelajari sabjek Saikologi secara umumnya, maka aku dapat simpulkan bahawasanya aku amat membenci orang-orang yg saiko, dan yg cuba menyaiko orang lain.




Baik, biar aku berikan contoh.



Kononnya bila kau sedang buka buku dan belajar, ataupun, sedang menyiapkan kerja sekolah, maka orang saiko itu beranggapan yg engkau kononnya rajin belajar, pelajar cemerlang, dan kononnya lagi engkaulah modal insan terbaik di muka bumi.



OK, contoh lain, apabila kau sedang berborak bersama rakan perempuan kau, dan seterusnya ada rakan perempuan yg lain menyapa kau, dan kau pun berborak dengan dia pula. Maka, orang saiko akan beranggapan yg engkau merupakan jejaka hot sedunia atau mungkin hero Melayu terakhir yg masih wujud di muka bumi. Ya, di muka bumi, sekali lagi.




Bila kau bawa motor dengan berpakaian selekeh, mereka akan kata kau mat rempit.



Bila kau jalan sambil memegang bahu rakan, mereka akan kata yg kau gay.



Bila kau tanya khabar rakan lain, mereka akan kata yg kau ni suka bergosip. kononnya.



Bila kau bercakap dengan nada baik, mereka akan kata kau ni lemah dan boleh ditindas.



Bila, bila, bila dan bila kau buat sesuatu dengan tujuan yg lain, mereka ini akan menafsir berbekalkan persepsi negatif mereka. Tanpa perlu peduli situasi sebenar, atau maksud sebenar setiap tindak tanduk kau.




Orang-orang ini, aku gelar, orang saikologi yg berhaluan kiri. Otak tak pernah nak fikir betul-betul, ataupun bila dia fikir, terlalu sejengkal pendeknya.





Untuk menangani orang yg macam ni, kau perlu bijak, dan bermain dengan saikologi juga. Prinsip dia senang, dia saiko, kita saiko semula. Tapi, biar dia yg tersaiko, dan kita masih waras.






Dalam dunia, orang-orang ni antara yg merbahaya. Oleh itu, aku nak siapkan esaimen saikologi aku ni secepat mungkin. Minggu depan nak kena hantar dah.

7 ulasan:

cik 18 berkata...

lu agak2, gua ade saiko lu tak???

Ungu berkata...

saikologi. subjek yang aneh.

buat aku banyak berfikir tentang orang.

Shafa Eman berkata...

Aku tak rasa contoh kau tu kategori saiko. Mungkin boleh kategori sebagai : persepsi, atau prejudis. Atau, tipikal.

warlock berkata...

aku lah orang yg di maksud kan tu...
tiap kali aku buat saiko mereka akan fikir aku saiko.. tapi sebenarnya aku serius.. bila mereka fikir aku tak waras aku waras.. bila aku buat mcm tk waras aku betul2 tak waras dan.. aku srbenarnya waras.. hebat!!!!
seperti perwira saiko sana sini.. buat orang marah tapi tak bleh buat apa..
kau2 aku2.. dia2 mereka2.. dot...2???

warlock berkata...

mcm nie ble adakah aku nie saiko???????????????????????????

warlock berkata...

aku lah orang yg di maksud kan tu...
tiap kali aku buat saiko mereka akan fikir aku saiko.. tapi sebenarnya aku serius.. bila mereka fikir aku tak waras aku waras.. bila aku buat mcm tk waras aku betul2 tak waras dan.. aku srbenarnya waras.. hebat!!!!
seperti perwira saiko sana sini.. buat orang marah tapi tak bleh buat apa..
kau2 aku2.. dia2 mereka2.. dot...2???

Sabah Grill berkata...

Bila org saiko.. aku senyum je...dan jwb.. mana sa tau sa mabuk. Haha.