Selasa, 31 Mei 2011

Ofis awer.

Dalam banyak-banyak hari aku di sini, hari ini yg aku rasa paling menyampah dan sangat kosong. Walaupun hari-hari sebelum ini yg lain, pun lebih kurang kosongnya, tapi hari ini, dia punya kosong memang lain macam perginya.



Bayangkan, pagi dalam pukul 9 suku, aku dah mula sarapan telur separuh masak dua bijik. Memang pantang aku kalau orang duk pelawa makan ni. Peduli apa aku, sarapan tu untuk orang yg derma darah punya ke apa. Ok, setel.



Dalam pukul 10, sumpah masing-masing dah mati kutu terkapai-kapai. Tak boleh jadi, memang tak boleh jadi. Tak cakap banyak, bila kena pelawa suruh pergi minum pagi, aku dengan yg lain terus gerak.




Rupanya mati kutu tak berakhir disitu, ada episod keduanya. Dalam pukul 12 suku, pergi makan tengahari pulak. Bangsat punya perangai, orang lain keluar pukul 1. Tapi, bangsat-bangsat pun, daripada mati kutu perut lapar (Ni apa punya perut ni? bangsat), lagi baik kenyang konon-konon hati senang kerja pun lenang.



Keluar 12 suku, masuk pukul 2, memang balik bilik baring-baring tidur siap mimpi.




Petang pulak, 4.30 dah cabut. Ah, jangan nak kutuk la. Tengok staf 4.30 semua dah lesap. Esok Gawai kot, cuti dua hari.



Esok masanya untuk keluar semat-semat pergi memancing. Silap-silap dapat ikan kulit licin punya. Boleh bawak balik semenanjung, bagi mak tengok.

Ahad, 15 Mei 2011

Sarawak.

Sekarang aku sudah di Sarawak. Sedikit lumpuh. Tiada pengangkutan, tiada kenderaan. Banyak melatih kaki untuk menapak, mencari sesuap nasi, dan bersuap-suap nasi.


Pergi makan disebabkan lapar. Balik makan, sudah lapar semula.


Jangan risau tentang tempat tinggal. Walaupun di luar agak setinggan, tapi di dalam, kondom.


Misi adalah untuk mencari misi.


Ada sapa-sapa nak tempah gambir? Untuk tujuan baik sahaja.

Isnin, 9 Mei 2011

Aku sudah berubah.

Sebelum peperiksaan terakhir hari tu, ada lah gap dalam lebih kurang 3 hari. Sebagai seorang yg tipikal budak sekolah versi setadi last minute, 3 hari tu kelihatan panjang dan tenteram bagi aku. Bayangkan aku sempat melayan cerita Nur Kasih versi episod punya, dan dapatlah grab beberapa episod. Maaflah, aku memang 'keluar tarikh' sikit.




Masuk hari ke-2, aku masih lagi bersenang-lenang. Tatkala orang lain seteragel habis-habisan, hati aku membebel sendirian.




"Sampai bila aku perlu terus macam ni?"




Jadi, untuk menjawab persoalan itu, maka pada sebelah malamnya, aku terus mencapai nota-nota untuk dibaca. Ya, itu aku. Aku berbuat begitu. Adakah aku sudah menemui diri aku yg baru? Adakah aku seperti Adam di dalam Nur Kasih, yg telah berubah sepenuhnya? Apakah disini titik tolak noktahnya?





***




Malam itu, aku berjaya memaksa diri untuk setadi. Walaupun, hanya satu bab sahaja yg berjaya dihabiskan. Itupun, bab Interodaksyen.




Aku jadi lagi bangga, bila esoknya aku mendapat tahu sesuatu.





Bab Interodaksyen tu, tak masuk di dalam periksa.

Khamis, 5 Mei 2011

Apa kena dengan kad matrik kau?

Entah bila la agaknya kali terakhir aku menggantungkan kad matrik di leher. Zaman itu sudah lama berlalu. Aku memang tidak gemar sesuatu yg merimaskan seperti menggantungkan kad matrik di leher dan juga tali leher. Disebabkan aku pernah kehilangan kad matrik, maka kini aku menempatkan kad matrik yg baru di dalam dompet.




Nak kata baru, taklah baru sangat. Hakikatnya, kad matrik baru adalah jauh lebih parak daripada yg lama. Kenapa? Sebab bila diletakkan dalam dompet, maka segala jenis tekanan akan dikenakan terhadap kad itu, yg akhirnya menyebabkan ia menggelupas, terkopek, bercalar, dan pudar.




Kebetulan, sebelum menjalani kertas peperiksaan kedua untuk musim ini, aku secara tidak sengaja telah menarik kad matrik itu keluar dari dompet dengan sedikit kekerasan.




Suasana hening, semua kepala nampaknya tunduk menghadap kertas soalan masing-masing. Bunyi tapak kasut pengawas, sedikit pun tidak menjejaskan kebosanan tatkala menjawab. Datang seorang pengawas, mengambil kad matrik aku untuk membuat semakan.





Semasa kertas peperiksaan yg pertama, pengawas tak pulak ambil kad matrik untuk disemak. Kali ini, dia pegang dan tatap kad matrik aku.





"Ni mana gambar ni?" Tanya pengawas tu, tanda musykil.



"Tercabut" Aku jawab dengan tenang sambil membuka dompet, mengeluarkan serpihan gambar sendiri untuk ditunjukkan.






Peh. Dia punya malu, tak payah cakap. Rasa macam nak letak gambar Faizah Elai bertudung je, ganti gambar aku.