Sabtu, 23 Julai 2011

I LOVE YOU.

Aku mencampakkan renungan ke luar tingkap bas. Sesekali mata tertangkap dengan kelibat mat-mat bangla yg bersungguh menghayun kayuhan basikalnya, seolah-olah memerli aku yg terpaksa mengharapkan simpati bas untuk pergi dan pulang dari Jumaat.



Di dalam bas pula lain ceritanya. Masing-masing sibuk dengan agenda masing-masing. Situasi di dalam bas, hampir dapat aku perhatikan keseluruhannya. Apalah lagi yg boleh dibuat untuk seseorang yg berdiri menyandar pada tiang bas, melainkan matanya meliar memerhatikan karenah manusia.




Dalam pelbagai karenah itu, aku tertarik kau memang debom dengan kegiatan seorang gadis. Bukan kerana paras rupanya, tetapi, kerana keligatan tangannya menari-nari di papan kekunci talifon bimbit canggihnya. Walaupun titik pusat graviti aku berdiri, mempunyai jarak yg tidaklah sedekat mana dengan pusat gadis itu graviti gadis itu, namun skrin talifon bimbit canggihnya itu sudah cukup besar untuk aku perhatikan abjad-abjad yg ditaipkan jari jemarinya.




I LOVE YOU MY HONEY...




Kemudian ayat itu melalui proses basuhan dan telah diedit kemas oleh gadis itu,





I LOVE YOU MY HONEY 



kepada




I LOVE YOU TO MANY MORE MY HONEY. CAN'T LIVE WITHOUT YOU. You are my only one. I love you twice and thrice. You jump i jump. You pump i pin. You shine my day. You bring me light. You are my tomorrow. You suck. You'll never walk alone. Me and You like Pinang cut into two. We are meant to be together. etc




(Gantikan huruf kecil dengan 'bla bla bla' supaya hati tak sakit)




Berguna juga penglihatan stereoskopik aku, dan malang sungguh buat gadis itu. Gadis itu tidak bersalah. Dia sudah cukup berhati-hati untuk meluahkan isi hati jangtungnya itu. Dia menoleh kebelakang untuk memastikan tidak ada yg berjaya menembusi sistem taipan sms nya tatkala itu. Namun, tahu apa yg dia perhatikan ketika dia menoleh kebelakang?




Seorang jejaka yg bersandar ke tiang sambil matanya memandang ke arah lain, dan mulutnya muncung dipaksa bersiul.





Romantis sungguh kehidupan orang-orang yg berputik mekar ini.




Jadi aku sepatutnya mula belajar speaktyping inglish daripada sekarang. Bukan apa, persediaan awal lah katakan.

6 ulasan:

a.r.e.p a.h.m.a.d berkata...

sabo ye zaeck~~~
:'D

Shoot Vengeance berkata...

hebat siot mata ko. ak penah jd mangsa. ko mmg hebat

dill berkata...

hehe. cinta tgh mekar ya.

terima kasih singgah ke belog saye. saye rase orlando boleh bace tulisan awak kat chatbox saye tu nnt :)

dill.

Ungu berkata...

jenis mata kecil macam kau boleh buat macam ni? naiss.

Pyka Rahmat berkata...

hahaha you suck?

TIKUS MANDO berkata...

arep, sabar ya sabariah le ni.

Shoot, mata aku pun penah shoot ko?

dill, kasih diterima.

Ungu, kau kena belajar daripada aku.

Pyka Rahmat, no im not.