Khamis, 28 Julai 2011

Di ambang negatif.

Pejam mata, terkebil-kebil celik semula, pejam lagi, nak celik macam ada gam, pejam, dan celik balik. Dah hampir tiga purnama aku menghirup udara Kuching. Dalam jangkamasa seminggu kurang lebih dari sekarang, aku bakal pulang ke ketiak mak ayah. Bukan apa, cuma kadang-kadang aku sibuk menilik nasib tentang masalah kenegatifan paras sumber untuk hidup. Kalau tangki minyak kereta yg kering, meter akan berada pada paras E membuktikan empty. Tapi, level aku lagi teruk daripada tu. Sekarang pada paras SE. Bukan spesyel edisyen tapi super empty.








Tapi, ada beberapa perkara lain yg juga merunsingkan jiwa raga aku. Misi mencari misi, masih lagi belum terlaksana. Lepastu, Uncle Wong punya bahasa sekarang ni makin susah aku nak faham. Malaysia pulak kosong-kosong lagi dengan Singapura, nanti makin ramai orang mengaum di laman sosial. Ni brader BMW tak roger lagi ni, sembang kata nak belanja mee kolok, apa cerita? Lagi, mak aku pulak pesan suruh beli kek lapis dengan ikan terubuk, ni yg nak kena pergi pantai cari pasir buat duit ni. Tambah menyedihkan, aku baru pulak dapat tahu yg doktor idaman tu dah kahwin, baru kahwin.




Aduh, kecewa aku bukan kepalang.




Cilaka! Aku terdengar Hasbullah Awang memekik kegembiraan. Kot ye pun izinkanlah aku habiskan megi kari aku ni dengan tenang. Silap betul pergi apdet blog time macam ni.



Calo!

5 ulasan:

a.r.e.p a.h.m.a.d berkata...

ko hapdet smbil tgk ke z????
sedihlah tadi....
sangggattt kecewa!!!!~~
sabo jelaaa~~~
:'(

hana berkata...

lagi kecewa orng yg berada di stadium..
=D

Unknown berkata...

lama tak makan megi kari...wah...

Pyka Rahmat berkata...

kalau hasbullah awang yang mengulas gua jadi eksaited.

tikusmando berkata...

arep, barang yg lepas jangan dikenang.

hana, baru pertama kali ke setadium?

she-G, lama tak nampak?

Pyka Rahmat, aku turut eksaited sambil memaki-maki.