Selasa, 2 Ogos 2011

Puasa I.

Hari pertama puasa pada tahun ini, mengingatkan aku kepada hari pertama aku belajar berpuasa. Perut mula merengek kelaparan di celah-celah kesibukan pagi. Pagi itu, bukanlah seperti pagi-pagi normal yg lain. Pagi itu, aku sudah mula sibuk. Tidak dapat dinafikan, pagi itu juga merupakan suatu penyeksaan buat aku.




Zat-zat hasil daripada bersahur, telah memilih laluan hitam. Ianya tidak memilih haluan untuk menjadi zat, sebaliknya memilih haluan untuk menjadi sisa. Aku sedar, hal yg demikian sedikit sebanyak merencatkan keupayaan aku. Seperti yg aku katakan, pagi itu memang pagi yg sibuk. Aku sibuk kehulu, kehilir, keutara selatan timur dan barat, ku jejaki. Aku bukanlah seorang perwira, gagah menjunjung senjata. Gelisah sudah mula menerpa. Ibarat telur di hujung tanduk, namun terpaksa pula mengambil nombor giliran untuk ke jamban.




***




Ramadhan kali ini, harapan terbesar aku adalah supaya aku dapat memaafkan manusia yg mengakibatkan aku terjerumus mencium jalan raya, mengutip roti john yg bersepai di jalanan, dan berbuka puasa di tepian kubur Cina, pada puasa tahun lalu. Ya, semestinya parut itu masih ada dan kenikmatan mencuci luka tidak dapat aku luputkan dari ingatan.




***




Ah, ramai sungguh orang mengerumuni gerai dua orang Nyah yg seksis. Aku menjadi musykil. Adakah akan berkurang pahala puasa aku jikalau aku memandang atau dalam erti kata lain, terpandang susuk tubuh Nyah yg ketak-ketak itu? Ada sesiapa boleh jelaskan?




***




Cilaka, yg ni memang aku tak puas hati. Jalan kaki pakai kain pelikat, nak pergi sembahyang terawih, boleh pulak sangkut dekat pondok polis.



"Local ke?"



"Semenanjung bang..."



"Ok."




Bila pandang belakang, 2 orang foreigner berkain pelikat berkulit bukan sawa matang, terngah kutip IC di pondok polis.



Susah juga kalau terpaksa pinjam surau ni. Muka aku yg kacukan Brunei dengan Itali ni pun boleh disaspek yg bukan-bukan.   

5 ulasan:

deqieza berkata...

muke itu suda beberapa kali disuspek!!!

Pyka Rahmat berkata...

mengutip roti john bersepai. eeee geli geli

Saphuan Awang berkata...

Asal tragis sgt kisah ko ni. boleh buat movie beb.

cik ungu berkata...

aku bangga kenal kau.

sekurang2nya, aku boleh berlagak kat orang ramai..
aku ada kawan luar negara.

TIKUS MANDO berkata...

deqieza, apa boleh buat. muka mix.

Pyka Rahmat, roti John bersepai tapi masih dalam bungkusan.

Awang, buat lah lagu satu untuk ini.

cik ungu, aku sudah dalam negara. tapi, kau boleh terus berbangga.