Sabtu, 6 Ogos 2011

Puasa II versi sahur.

Separuh daripada beban puasa, akan berkurang dengan adanya sahur. Sahur itu penting untuk memastikan semua yg berpuasa sentiasa cukup tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian, serta penting untuk mengekalkan kemandirian spisis. Sahur yg paling cikai yg bertemakan megi kari pun, penting juga sebenarnya untuk pemuda-pemuda tonggak negara macam aku.



Sahur di perantauan, kalau kena dengan lagu dendang perantau, kadang-kadang memilukan juga. Bila terbayang pintu pagar depan rumah, terus terbayang dapur rumah yg berasap serta makanan panas-panas. Kegagalan zat-zat sahur untuk menjadi zat pada puasa pertama tempoh hari, tidak melemahkan semangat aku untuk bersahur. Sebaliknya, setiap malam aku menjanjikan tidur awal yg lena buat diri sendiri, supaya aku dapat menikmati pengunyahan nasik sambil mata terpejam kesedapan.




Seronok sebenarnya sahur ni. Paling power bila semalam tidur awal, dan harini dapat sahur dengan seteguk air liur pada jam tujuh suku.

Tiada ulasan: