Otak aku masih berada di kepala, manakala fikiran aku melayang-layang dan mewau-wau ditiup angin. Aku genggam talinya, tarik dan tarik supaya dapat semula mengawal fikiran yg entah kemana tadi. Sambil itu, sesuatu seperti masuk tak mahu, tak masuk malu, menerpa ke angkasa fikiran aku. Samar-samar.
Selang beberapa saat, barulah aku dapat grabbb!!! benda yg agak di luar norma kehidupan manusia. Semuanya berkisar tentang mimpi aku ketika tidur tadi. Manusia normal seperti aku, kenapa seringkali bermimpi yg paranormal? Itu salah satu benda yg aku masih lagi tak faham sehingga hari ini, hari esok dan mungkin hari tulat.
Tergamak sungguh mimpi aku memperlakukan aku begitu. Aku sudah rasa bersalah pada seorang rakan. Tapi apa kan daya, semuanya diluar kehendak aku. Semuanya tidak terkawal. Mimpi, tetap mimpi. Mainan tidur, jadi, mainlah puas-puas. Itu semua kerja minda separa sedar.
Tapi, tergamak sungguh. Aku penat-penat redi nak menyambut orang bersalin. Cemas, cuak, semua ada. Nak kata pengalaman berharga pun, tak tahu aku nak letak berapa harganya. Sebab, bila pandang balik orang yg nak bersalin tu, rupanya dia member
Puuuiiiihhhh!!!
Nak keluar ikut mana???
4 ulasan:
hahahhahaha~~~~
engkau mimpi sape z nk besalin???
huhuhuhuhu~~~~~
:'D
bahana praktikal barangkali..
unik mimpinye~
dill.
arep, kau pun kenal orang tu.
fiq, mungkin ada benarnya.
dill, pelik tapi benar.
Catat Ulasan