Rabu, 10 Ogos 2011

Puasa III versi berbuka.




Cuaca petang itu tidaklah romantis. Suasana kelam dan dari dalam bangunan, aku dapat melihat kelibat rembesan air hujan membentuk gelombang-gelombang di lubangan jalan tar. Petang itu terus aku habiskan dengan memerhati karenah-karenah hujan, sambil-sambil menjeling makwe-makwe yg lalu lalang. Terus menunggu detikan masa, sehingga tiba waktu perlepasan.





***




Jam tangan seorang uncle disebelah kanan aku telah menunjukkan pukul 7.00 malam. Oleh kerana jam (talifon bimbit) aku sudah dimatikan, maka aku memerlukan sumber jam dari luar. Di luar tingkap kapal, cahaya keoren-orenan menerpa masuk. Keindahan matahari tatkala keterbenamannya, membuatkan aku seperti ingin membuka tingkap dan membiarkan angin berderu-deru masuk.




"Enjoy your meal"



Begitulah kata-kata seorang wanita yg tugasnya menyorong troli makanan dan menghulurkan kepada penumpang. Kata orang, wanita-wanita tinggi yg berkerjaya seperti ini, cantik-cantik belaka. Tapi, aku kecewa. Mekap setebal 3 inci masih belum mampu membohongi aku hidup-hidup.



Se-tupperware nasik ayam dan sebotol air betul-betul berada di depan aku. Aku jadi serba salah. Bila memandang kiri, seorang pakcik telah rakus mengoyakkan plastik aluminium yg menutupi tupperware itu dan terus menelan-nelan.



Ini tidak boleh jadi. Aku pandang kanan, menjeling jam tangan uncle dan melihat keluar tingkap. 2 dalam 1. Lihat awan disana....berarak mengikuti ku....Lagu Rossa menerpa ke minda. Rossa ni pesen nak buat lagu pun nak ada arak jugak. Ok, awan itu macam fresh oren.





"Zap! Zap! Zap!"




"Peh. Tak cukup power ni." Aku renung tupperware tadi sambil mencungkil-cungkil butiran nasik terakhir. Ok, itu semua nafsu. Aku pejamkan mata dan pura-pura berehat memikirkan masa depan.







***





"Perhatian. Kepada penumpang yg beragama Islam, telah masuknya waktu berbuka puasa. Kapten kapal dan anak-anak kapal mengucapkan selamat berbuka puasa..."






Kapten kapal ni punya jam lambat 15 minit ke? Ke dia orang ikut waktu Eropah?




Takpe, yakin.....yakin......






10 ulasan:

hana berkata...

hahaha..
agak-agak puasa tu sah x???
yakin je la kan..
=D

cik ungu berkata...

15 minit kot bezaaa.


kalau nak ikut yakin, kul 12tengahari pun bleh aci yakin.




*mesti rs nak nanes skrg kan..?
miahahahah!!!!

...sarah n... berkata...

dia ikut waktu semenanjung le tu kot

Bella berkata...

bukan rossa. acha septriasa lah. hahah

iem berkata...

xpe, sebab nak berbuka yakin kan aje..
huhu

Unknown berkata...

entahlah.

bukan nak kata apa lah, tapi aku ni kalau dah masuk hal azab api neraka..




haha. yakin.

Aizul berkata...

Yakin yakin Yakin. yakin pada diri kau! Yakin Yakin yakin.

tikusmando berkata...

Hana, yakin...yakin...

cik ungu, 15 minit je pun. bukan sejam.

sarah, dia kombain 2 waktu.

Bella, Rossa lah. aum.

ïêmå å¢klê§, betul tu.

Ungu, tak sengaj tak apa.

Aizul, aku yakin dengan dirimu.

a.r.e.p a.h.m.a.d berkata...

ko buka awal????
yakin je~~~
dah lepas kan...
hahaha~~~~

Farhan berkata...

tak sengaje tak pe..