Ahad, 21 Ogos 2011

Puasa VI versi tragedi bukan Oktober.





Catatan Tahun 2010




"Tru ru ru ru ru....."



Enjin motorsikal aku hidupkan dengan niat supaya enjin motor aku dapat memanaskan badan sebelum perjalanan jauh. Perkara seperti ini aku biasa lakukan sebelum berangkat samada dari Ipoh ke Puncak Alam ataupun vaisi versa.




Aku capai sebutir jeket hitam bercorak V bewarna hijau di dada, lalu aku sarungkan kemas. Niat aku untuk memakai selipar telah dibantutkan oleh Farid SMJ sebentar tadi. Mungkin tidak cool untuk menggayakan jeket dengan selipar agaknya.




Sebungkus plastik yg mengandungi dua gulung roti John yg punya, diletakkan kemas di dalam jiwa raga motor. Biasalah, jiwa muda, bukak puasa tepi jalan ke mana-mana ke apadehal iye dak? Maka, perjalanan menuju ke Sabak Bernam pun, dimulakan dengan penuh cermat.




Matahari semakin jauh membawa diri ke barat dan hari semakin lama semakin pudar terangnya dan jalan di Ijok pun boleh tahan juga bingsatnya. Bersimpang siur. Kona sana kona sini selekoh sana selekoh sini. Betul-betul menguji minda dan ketenangan seorang mask rider yg tidak bertopeng. Tiba di persimpangan kona yg terakhir, yg paling swing sekali, yg paling tajam sekali, yg paling ummmphhhh sekali, maka lalulah sebuah Gen  2 yg tidak berakal disitu.




Selekoh tajam itu merupakan titik nokhtah kepada jalan raya yg 2 lane untuk bersatu menjadi 1 lane. Sedangkan main boling pun ada lane sendiri, inikan jalan raya. Senang cerita, jalan raya itu pun tidak berakal juga. Tapi, ia bukanlah benda yg hidup. Siapa yg patut dipersalahkan? Apa kejadah ini semua? Salah mak bapak ke salah ibu mengandung? Macam-macam persoalan terbiar begitu sahaja.



Berbalik kepada Gen 2 tidak berakal tadi. Gen 2 itu kelihatan seperti tergesa-gesa. Entahlah, mungkin sibuk mengejar waktu berbuka agaknya. Itu pun kalau jenis yg puasa lah. Sebab ca ya nun alip dengan alip nun dal ya alip pun jenis bawak kereta macam cilake, ye dak?




Punyalah khusyuk aku bawa selow ambil selekoh tu tadi, tiba-tiba Gen 2 tidak berakal tu lalu betul-betul sebelah aku. "Boleh tahan rapat juge kereta ni." Aku sempat merakamkan perasaan terkejut di dalam hati.



"Zap...!"



Kereta itu menyenggol motor yg kami naiki. Tahu menyenggol? Pernah pergi dangdut? Aku pun tak pernah. Tapi menyenggol tu, bontot kereta tu cuit kami. Kami sedikit pun tidak tergugat iman, sedikit pun tidak tergoda, cuma, lepastu kami merendahkan diri menyembah bumi. Entah berapa lama berenang di tengahan jalan raya, aku pun tidak pasti.




"Sekejap lagi ada kereta akan rempuh aku."



Benda ni terngiang-ngiang di kepala aku masa itu. Bila habis berenang beberapa meter, aku cepat-cepat toleh ke belakang. Bukan kereta, bukan...Cuma bas sahaja di belakang. Mujur.



Yelah, mujur bas itu selow di selekoh. Kalau tidak,,,




***




Aku berdiri sambil kibaskan jeket serta seluar jeans yg sedikit barai. Tapi apa yg lebih membaraikan hati aku ketika itu, bila terlihat motor yg terdampar. Sanggup aku membiarkan awek terdampar begitu di tengahan jalan, lagi pula melukainya. Aku buka ikatan helmet, mencampakkannya di tepi kuburan cina. Memapah awek ke tepi, dan terus diselimuti pablisiti murahan bila semua molopong macam-seronok-tengok-eksiden-macam-seronok-tengok-bola.



Farid SMJ? Ah, dia pun barai juga bila jam tangan Fossil retak dan pecah kecil, dan waktu terus terhenti. Waktu kejadian. Rupanya dia lebih cool dengan selamba bingkas bangun lalu terus mengutip kebab-kebab di jalanan. Kebab yg masih elok di dalam bungkusan dikutipnya dengan penuh cermat supaya bas tadi dapat lalu.




"Perghhhhh ko tengok. Ko tengok motor aku...." Ucap aku dengan penuh kekecewaan.



"Alamak jam aku....perghhhhh....." Balas Farid SMJ turut diselubungi kecewa.



"Kau orang ni bersyukurlah sikit. Motor dengan jam tu bukannya nyawa. Yang penting sekarang kau orang selamat. Kau orang tahu berapa ramai yg mati dekat area ni?" Ujar seorang uncle yg sanggup memberhentikan kenderaannya untuk memantau keadaan kami.




Dari jauh, aku lihat kelibat seorang pakcik, yg sedang menapak menuju ke arah kami. Di dalam hati aku ketika itu penuh dengan sumpahan. Mungkin itulah orang yg selamba menyenggol sehingga kami hilang keseimbangan.



"Pakcik nampak kereta tu tadi langgar kamu. Dia memotong kereta depan dia ikut kiri, lepastu dia langgar kamu. Pakcik cuba nak kejar nak ambik nombor plet kereta tu tapi kereta tu laju sangat. Lesap." Kata-kata pakcik itu sudah cukup menyelamatkan dia daripada ditumbuk tanpa soal periksa. Lagipun, kata-kata itu membuktikan suatu kebodohan manusia yg memotong mengikut lane kiri ketika selekoh tajam daripada 2 lane menjadi satu.



***




Hari tersebut, memberikan pengalaman kepada aku untuk berbuka puasa di tepi kuburan cina. Juga mengajar aku tentang sikap biadap sesetengah pengguna jalan raya. Turut aku pelajari adalah sikap prihatin rakyat Malaysia. Uncle yg walaupun bukan muslim, tetapi sanggup menawarkan air minuman untuk aku dan Farid SMJ berbuka ketika itu. Sanggup juga memiskol menalipon rakan muslimnya untuk mengkonfemkan bahawa waktu berbuka sudah masuk. Dan sanggup juga menyuruh 2 ke 3 orang pekerjanya supaya membetulkan apa yg patut pada motor aku. Selepas mereka belah, datang pula seorang brader bermotosikal, yg sanggup berhenti menemankan kami di bawah lampu jalan, sehingga bantuan keselamatan tiba.




Kepada budak-budak rumah sewa, walaupun telah menyusahkan mereka untuk datang dan membawa pulang motor aku, tapi lepastu kita enjoy main futsal ye dak?



Takpe. Luka di lutut tu dah mirip-mirip luka aku selalu dapat time jatuh main futsal.




"Ko tau tak yg tadi ko baru je lepas eksiden?" Ujar Farid SMJ tanda cemburu kerana stended pembonceng punya luka, lagi teruk daripada pembawa. Letih menahan sakit ketika mencuci luka le tu agaknya. Nasib baik aku punya luka, aku sorok dengan selamat. Itu pun ada cubaan-cubaan busuk, yg cuba mengkantoikan aku.




Nak buat macam mana. Takkan tengok je orang main?





***




Ha ini dia versi rare punya, versi yg tak berapa nak jujur sangat sebab hati tengah panas.



















7 ulasan:

a.r.e.p a.h.m.a.d berkata...

z....
berlaku lg kew???
siannyer ko....
dahtu cne skng????

Iylia berkata...

sedihnye cte kau zack..xpela y penting semuanya selamat kan..take care nak raya2 ni!

cik ungu berkata...

laaa...

rupanya kau takdelah cukup rempit sangat kan. bagus.


sekarang ni persoalan kenapa kau macam orang sewel, dah terjawab.


gegaran skala rikter kau mungkin terlalu kuat waktu kejadian. pasni aku tak salahkan kau lagi.


nah kueh keria.

tikusmando berkata...

Awep, ini catatan 2010.

Iylia, care sudah di take.

cik ungu, berani kau mengeluarkan komen yg sewel macam ni ye?

Farhan berkata...

haaa.. baru skrg aku dpt tahu cerita yg sgt detail.. so bile nk berbuke bersame lg.. haha..

Tanpa Nama berkata...

Cerita ni mmg rare bro..jujur sungguh perjalanan kisah lu dgn farid smj ke apa namanya td..

apa kesudahan jam fossil dan motor lu org bro??
gua tertanya2..

tikusmando berkata...

parut kenang-kenangan masih ada di motor.

jam fossil entah dah hantar muzium ke entah idak.