Rabu, 31 Ogos 2011

Raya pertama yg lain dari yg lain.




Pada suatu hari raya, sehari sebelum hari kemerdekaan. Aku menjalani sebuah hari raya pertama yg agak rare di dalam sejarah kamus dewan hidup aku. Aku pasti tiada manusia lain yg merayakan hari raya pertama seperti aku. Selesai solat sunat hari raya, aku terus melantak ketupat. Ketupat ni dia punya feeling kena dengan pagi raya sahaja. Aku hantu ketupat, dan aku tak berapa hantu sangat ke lemang.



Setel ketupat, semua orang bergerak ke kubur termasuk aku. Di kubur, aku dapati terdapat ramai makwe-makwe kampung yg jumlah mereka, mengalahkan makwe-makwe di pasar basah yg jual ikan sayur kejadah tu. Jadi aku terus simpulkan yg makwe-makwe zaman sekarang ni, mereka jenis tak reti nak tolong mak pergi pasar. Itu hari semasa jadi bonzer opah aku, aku telah diarahkan mengekorinya ke pasar basah untuk membeli ikan dan sayur. Cilake haram satu jenis ikan pun aku tak kenal. Ikan keli, ikan paus, ikan pari, dan ikan jerung adalah antara ikan yg senang nak dibawak berkenalan, jadi itu sebab aku kenal mereka, dan mereka aku berikan pengecualian.



Ok, raya pertama aku memang tidak ada kaitan langsung dengan pasar. Bila beraya di kampung, aku pasti mengorbankan raya aku untuk menerima tetamu seperti Iqbal Aziz. Hampir setiap kali beraya di kampung, dia adalah orang yg aku pasti jemput untuk beraya.



Memandangkan maruku tidak dihidangkan, Iqbal Aziz sedikit berasa kecewa. Mungkin terpaksa tunggu raya dia, barulah boleh nak hidang maruku. Selesai sahaja upacara beraya, kami berdua menaiki motor sambil meronda keliling kampung menghirup udara sawah padi yg nampaknya macam menjadi. Naik motor sambil berborak benda yg bukan-bukan, akhirnya membawa kami ke tempat yg bukan-bukan di hari raya.




***




Pasaraya Billion, bukanlah tempat yg aku selalu pergi dikala hari raya. Ini semua perancangan Iqbal Aziz. Dahaga kononnya. Selesai membeli apa yg patut, kami beredar mencari pot untuk melabuhkan tirai pemborakan sambil-sambil menghilangkan dahaga. 



Sebuah pondok usang tempat orang kampung berkawal malam, menjadi tempat kami melempiaskan dahaga. 5 botol air, terdiri daripada dua perisa anggur, dua perisa epal hijau, dan satu susu dijadikan sebagai medium pelancar kerongkong tatkala berborak kosong. 



Sedar tak sedar, hari raya pertama aku diisi dengan borak-borak bertauliah bersama Iqbal Aziz yg sedikit sebanyak menyentuh tentang isu "Lelaki vs Perempuan, siapakah dalangnya?", "10 tips memikat makwe idaman", "Bagaimana mahu memanjakan motor?", "Cara menangani dan menangankan perempuan saiko", "Mimpi basah di bulan puasa", "Mesej ucapan raya yg kian merudum", dan macam-macam hal ehwal politik yg lain, sambil terkucing-kucing menyedut air Vaitejen yg diangkut daripada Billion tadi.   











3 ulasan:

a.r.e.p a.h.m.a.d berkata...

hahaahah~~~
air susu mesti nak ada....
Selamat Hari Raya Zikril Hakim....
Maaf Zahir Batin...
:'D

Aizul berkata...

Aku suka tajuk2 perbincangan bertauliah korang dipagi raya. memang sangat munasabah.

Iylia berkata...

sedihnya raya kau hanya ditemani iqbal aziz