Selasa, 21 Februari 2012

2 Perkara.

Sebenarnya sudah beberapa hari aku tidak lena tidur. Bila tidur tak lena, macam mana buaian mimpi nak berhayun? Bila tak ada yg menghayun, macam mana nak dibuai mimpi? Bila tak dibuai mimpi, jangan harap la nak bermimpi indah. Bila tak bermimpi indah, pukul berapa pulak mata nak celik? Bila mata dah celik, hari dah tengah. Ah, macamlah sebelum ini mimpi indah, bangun pun awal. Mengarut.



Ada dua perkara yg mengganggu aku kebelakangan ini. Satu, berkaitan kondisi tubuh badan. Entah kenapa, aku sering melepaskan batuk di tanggathirai tengah malam. Fokes untuk tidur aku terjejas, begitu juga dengan tidur anjing jiran belakang rumah. Kalau selama ini dia menyalak bila nampak benda, aku merungut. Tapi kali ini, aku tak tahulah. Yelah, lagipun entah macam mana rupa la kalau anjing merungut. Sudah puas aku menelan ibu dan anak, masih tak berhasil. Mungkin lepas ni aku perlu menerai kelapa laut afreka pulak gamaknya.



Soal kedua pula ialah berkaitan emosi dan perasaan. Aku taknak cakap banyak pasal ni. Aku nak biarkan tergantung. Seperti apa yg aku tengah rasa sekarang.



Nampak tak betapa seriusnya aku bila membicarakan hal ini.



Ok, bila aku kata macam tu, dah nampak hilang dah keseriusan aku. Ok. Percayalah yg aku tak main-main.

Ahad, 12 Februari 2012

Tak Banyak Beza.

Pada suatu hari, iaitu hari ini, maka genaplah 6 hari aku menempuh hidup sebagai pekerja sambilan. Pada suatu hari, iaitu hari ini juga, aku telah mendapat kad nama yg membuktikan dan mengesahkan aku sebagai pekerja bertauliah.



Pada suatu hari, iaitu hari ini lagi, aku mendapati pada permukaan kad nama itu, tertera nama aku.



Pada suatu hari permukaan kad nama itu, terpapar jelas nama aku.








ZICRIL.



Pada suatu hari, sekali lagi hari ini, aku sudah mula memahami suatu perkara. Betul lah kata orang, aku dan Zac Efron tak banyak beza.

Ahad, 5 Februari 2012

Setahun Jagung.




Suka untuk aku ingatkan, kalau nak mengisi borang tu biar teliti. Lebih-lebih lagi part tarikh lahir. Bukan masalah tak ingat tarikh lahir sendiri. Cumanya, kalau isi tarikh lahir sendiri tapi tahun dekat belakang tu letak 2011, tak ke bangang tu?


Rupa-rupanya aku baru setahun jagung.