Selasa, 21 Februari 2012

2 Perkara.

Sebenarnya sudah beberapa hari aku tidak lena tidur. Bila tidur tak lena, macam mana buaian mimpi nak berhayun? Bila tak ada yg menghayun, macam mana nak dibuai mimpi? Bila tak dibuai mimpi, jangan harap la nak bermimpi indah. Bila tak bermimpi indah, pukul berapa pulak mata nak celik? Bila mata dah celik, hari dah tengah. Ah, macamlah sebelum ini mimpi indah, bangun pun awal. Mengarut.



Ada dua perkara yg mengganggu aku kebelakangan ini. Satu, berkaitan kondisi tubuh badan. Entah kenapa, aku sering melepaskan batuk di tanggathirai tengah malam. Fokes untuk tidur aku terjejas, begitu juga dengan tidur anjing jiran belakang rumah. Kalau selama ini dia menyalak bila nampak benda, aku merungut. Tapi kali ini, aku tak tahulah. Yelah, lagipun entah macam mana rupa la kalau anjing merungut. Sudah puas aku menelan ibu dan anak, masih tak berhasil. Mungkin lepas ni aku perlu menerai kelapa laut afreka pulak gamaknya.



Soal kedua pula ialah berkaitan emosi dan perasaan. Aku taknak cakap banyak pasal ni. Aku nak biarkan tergantung. Seperti apa yg aku tengah rasa sekarang.



Nampak tak betapa seriusnya aku bila membicarakan hal ini.



Ok, bila aku kata macam tu, dah nampak hilang dah keseriusan aku. Ok. Percayalah yg aku tak main-main.

4 ulasan:

she-G berkata...

cam sama je kondisi org kat rumah ni..
batuk malam2..ehem...penyebabnya pon sama la kot..kan kan??

cik ungu berkata...

kau tacing kan xleh men meset memalam sebab habis kredit?

Juno berkata...

Aku harap kau tahu yang kau sangat kelakar.

kau buat aku rasa nak subscribe channel tanggathirai.
mengundang.

tikusmando berkata...

amboi she-G lama tak nampak. serius dah seminggu aku berhenti. dan mudah-mudahan kekal.


cik perpel, kredit bukanlah penghalang.


Jangan lupa Juno, sabskraib sekarang.