Sudah lebih dua 3/4 tahun aku dan dia bersama. Aku sudah kenal sangat perangai dia. Segala tutur kata dia, sikap lemah lembut dia, rutin harian dia, makan minum dia, semua aku tahu. Segala detik-detik indah bersama yg aku dan dia dah lalui, tidak pernah sedikitpun aku lupa dan tidak pernah sedikit pun aku cerita pada sesiapa. Cukuplah hanya aku dan dia yg tahu.
Bila mana aku dalam kesusahan, dia pun turut berada di sisi aku dan berkongsi rasa. Bila aku dalam gembira, cukuplah aku gembira sorang-sorang. Itulah erti kasih sayang abadi.
Sebenarnya aku tak pandai nak menabur kata-kata indah. Aku juga tak pandai nak bersikap gentle sepertimana lelaki lain. Aku cuma menjadi diri sendiri. Dia pula cukup memahami. Tak pernah merungut, tak pernah membenci, sebaliknya terus menerus berkongsi rasa dengan aku.
Sudah banyak yg aku korbankan untuk dia. Tak terkira. Semua itu demi membuktikan kasih sayang sejati. Abadi hendaknya.
Tapi apa-apa pun, aku ingin memohon seribu kemaafan. Yelah, minyak hitam dah masuk 4000 baru aku tukar. Tayar belakang pulak dah botak separuh macam rambut Neymar, pun baru aku nak tukar. Basuh pulak, bila dah kotor saing-saing forwil draiv, baru aku bernafsu nak basuh.
Dah nak masuk tiga tahun bersama ni, harap-harap tak masuk Bersamamu.
Jumaat, 16 Mac 2012
Selasa, 13 Mac 2012
Dari hujung A hingga hujung Z.
A- Age: 23 tahun 4 bulan 2 hari.
B- Bed size: Tilam bujang saiz S.
C- Chore that you hate: Bangun tidur pagi-pagi.
D- Desperate on: Duit dan dia.
E- Essential start to your day: Menggeliat.
F- Favorite color: Hitam.
G- Gold or Silver: Goal !!!
H- Height: 170cm kali terakhir masa lampau.
I- Instrument music you play: Gitar dengan kord asas.
J- Job title: Mantan keshier Ekonsep.
K- Kids: 5 ke atas.
L- Live: Ipoh - Puncak Alam.
M- Mother's name: Naimah.
N- Nicknames: Z/Tikus/Hakim.
O- Overnight hospital stay: Pembedahan yg dirahsiakan.
P- Pet peeves: -
Q- Quote from movies: Hidup ini umpama layang-layang. Kahkahkah.
R- Right or left handed: Kanan untuk makan nasik. Kiri paham-paham.
S- Siblings: 3.
T- Time you wake up: Kadang-kadang awal.
U- User: #Celcom #Maxis #Bb #LC #Acer #Breaker #Colgate #Lifebuoy #Oxy #Rejoice #Ridsect dll.
V- Vegetables you hate: Taugeh.
W- What makes you run late: Berjalan, bila sepatutnya kena berlari.
X- X-ray you have had: Lebih dari sekali sekala.
Y- Yummy food that you make: Mi Sedap.
Z- Zoo animal: Badak air.

Jumaat, 2 Mac 2012
Hutang Piutang.
1.Jang -RM85- Duit sewa rumah bulan lepas aku tak mampu bayar.
2.Zahid -RM50- Duit sara hidup, RM5- Duit sara perut.
3.Naim -RM10- Duit alas perut sementara.
4.Zuly -RM4- Duit spare dalam wollet, RM5- Duit futsal.
5.Peddy -RM65- Duit kasut futsal Breaker impot dari Siam. Tak mampu nak guna kasut berjenama.
6.Farid SMJ -RM45- Duit spek mata.
7.Annur -RM50- Duit hauzing bb yg sudah pun ditempah sebab hauzing sekarang bercalar macam main lap seret atas jalan tar.
Hutang emas boleh dibayar. Hutang budi dibawa mati. Kalau aku tahu, baik aku hutang emas je dengan mereka. Konfem boleh bayar.
Asyik berhutang dengan orang je, takde ke orang yg reti nak berhutang dengan aku pulak?

Langgan:
Catatan (Atom)