Isnin, 9 April 2012

Jalanan Kehidupan.

Untuk ke sesuatu destinasi, pasti akan ada jalan yg menghubungkan kita ke destinasi tersebut. Begitu juga dengan kehidupan. Matlamat akan mengheret kita melalui pelbagai pilihan jalan yg membawa kita ke sana. Setiap jalan yg kita pilih, ada nilai-nilai tersendiri. Lancar, terkandas, berliku, memakan masa. Semua itu perlu diambil kira hidup-hidup bagi menjamin diri agar selamat tiba di destinasi idaman.




Nah, sekarang apa yg tidak kena?




Sudah ada yg mencium bumi, baru nak memperbetulkan? Sudah ada nyawa yg melayang, baru nak diketengahkan? Sudah ada yg jadi kurang upaya, baru nak diaduan rakyatkan? Ah sudahlah.




Untuk apa kolam udang di tengah-tengah jalan? Untuk apa lombong timah di tengah-tengah jalan? Untuk apa berkongsi jalan satu lorong dengan lori-lori? Dimana kemajuan? Mana kesedaran? Untuk apa budak-budak sekolah yg tidak berlesen menunggang laju? Untuk apa pakcik-pakcik yg berkopiah nak ke masjid bawak motor melawan arus? Apahal jalan tidak rata macam Malaysia ini bergempa bumi?




Sikit lagi. Sikit lagi aku nak himpit lori yg lalu sebelah. Kalau aku himpit tu tadi, Tak ke naya lori tu yg terbabas masuk semak? Nampak tak betapa pawernya penunggang macam aku.




Sekarang, baik panggil Karam Sing Walia. Kasik ripeir sikit Jalan Meru tu. Lori-lori elok buat laluan bawah tanah ke, dasar laut ke, kan ke senang. Benda macam ni pun nak suruh aku jugak yg pikir.



Lagi satu, kolam udang dengan lombong timah tetengah jalan tu. Buatnya ada yg memancing udang dan melombong timah, kan ke payah. Kalau motor singgah ke lubang tu, memang akan lahir banyak stuntman baru di Malaysia ni nanti. Semua berebut nak cium jalan tar.




Aku tak peduli. Bulan depan, aku nak tengok jalan tu dah jadi Hiway PLUS 3 lorong.

3 ulasan:

a.r.e.p a.h.m.a.d berkata...

marah beno tu z....
jln meru memg lah cmtu...sabo jela..
klw lah bulan dpn dah ade 3 lorong...
huh!!!!!!hampeh!!!!!
:'|

Unknown berkata...

Aku fikir ini entri serius.

Rupanya aku betul.

Gelak, gelak juga, tapi apa kau cakap ada betulnya.

...sarah n... berkata...

kadang-kadang aku agak yakin kau ni gila.