Ahad, 16 September 2012

Mukasurat Baru.




Terlebih dahulu aku ingin menghulurkan tangan bukan untuk meringankan beban, tetapi untuk menzahirkan kemaafan sempena hari raya. Bukan itu saja, aku juga ingin mengambil kesempatan (Seronok betul ayat mengambil kesempatan ni ye) untuk meminta maaf kerana telah menyawangkan arena blog ini. Sesungguhnya, mud aku betul-betul melarikan diri dari aku dan aku pula seringkali dilanda badai kesibukan.



Kebelakangan dan belakang-belakang yg lalu, aku lebih banyak menghabiskan masa mengheret sesuatu isu berkaitan diri sendiri dan persekitaran, ke lembah tuiter. Cepat. Mudah. Selasa. Rabu. Khamis. Selesa. Efektif.



Namun, kepuasan untuk mengarang sesuatu tetap tidak setanding kepuasan apabila kau lontarkan apa-apa sahaja perkara berbangkit, ke blog, berbanding di tuiter. Oleh yg demikian, aku dengan beraninya membuka lembaran yg baru untuk kembali semula ke kancah penulisan kuno di blog ini, dengan harapan agar harapan tidak menjadi layu kerana inginku bahgia bersama....


Maaf. Susah betul menulis sambil kepala terngiang lagu.



Oh ye, maafkan aku kerana terlalu bizi bergelumang dengan misi dan dokter-dokter muda.





Tiada ulasan: