Isnin, 17 September 2012

Kolumpo Here I Come...!!! part I





Pagi itu indah. Namun disebalik keindahan pagi itu, ada satu cerita yg kurang indah telah menimpa seorang anak muda harapan bangsa. Pagi itu dia segak, kemas, dan bersahaja sambil menghidupkan enjin motosikalnya untuk dihalatujukan ke kota Kolumpo daripada bandaraya tanah airnya Ipoh. Berbekalkan satu beg galas hitam berisi pakaian asas, dan sebotol mineral yg berisi minyak RON95, mengiringi langkahnya untuk memulakan kehidupan baru dan pencarian secalit rezeki demi meringankan beban.



Dia tahu, perjalanannya nanti mungkin sukar. Berbekalkan pengalaman di dada dan di otot-otot lain seperti peha, lengan, dan perut, dia telah menyiapkan spare minyak sebotol kerana peristiwa lampau pernah mengajar dia erti keperitan abadi apabila adanya RnR yg suka mengusik perasaan dengan tiba-tiba mengrenovet stesen minyak secara mengejut.



Setibanya di RnR Ulu Bernam, yakni RnR yg pernah merobek hatinya suatu masa dulu, dia kelihatan tersengih galak kerana stesen minyak yg dibawah pengaruh renovesyen suatu ketika dahulu, kini telah beroperasi semula. Berbekalkan senyuman yg sinis itu, dia meneruskan semula perjalanan setelah selesai urusan di situ.



"Zruuuuuummmmmmmmmmmmmmmmm...........................Ziiiiiii.........Ziii....Zii...Zi..........."




Jangan percaya dengan bunyi diatas. Bunyi itu tidaklah real untuk menggambarkan situasi ketika itu. Hentian Ulu Bernam sudah ditinggalkan beberapa belas kilometer. Minyak masih penuh. Namun terdapat masalah dalaman sistem enjin motosikal yg memaksa motosikal yg 
ditunggang, menjadi semput seperti orang yg asma mengharapkan inhaler. Orang yg bernama 
Asma pula, memang langsung tiada kena mengena. 



Lantas, motosikal itu menjadi perlahan dengan sendiri dan akhir sekali enjinnya dibunuh, 
mati ditempat kejadian. 2 ke 3 kali jugak bantuan pernafasan mulut ke mulut dilakukan, namun enjin tadi 
masih juga tidak mahu bernafas. 


Berbekalkan ketenangan yg tinggi, anak muda itu tadi turun dari motor dan duduk bersebelahan dengan 
motosikalnya, sambil mengharapkan akan ada makwe-makwe berkereta yg cuba berhenti dan menculiknya. 
Apa yg dia dapati, perbuatan itu berisiko tinggi kerana kereta yg lalu terlalu zassss sana zasssss sini dan 
zassss melodi.  



Tiba-tiba, terlihatlah akan dia sebuah pondok talifon SOS yg seringkali berada di tepian haiwey. Malangnya
dia langsung tiada ilmu untuk menggunakan talifon itu kerana sewaktu tadika dahulu, langsung tidak pernah 
diajar cara menggunakan alatan tersebut. Sebenarnya, talifon SOS tu rosak. Nak aja aku bawak kes ini ke 
Aduan Rakyat. Rakyat mana lah yg tak mengamuk bila benda kemudahan depan mata tapi rosak, yedak??



Akhirnya, daripada tuiter jualah nombor PLUS telah berjaya diperolehi hasil bantuan rakan-rakan yg prihatin. 
Terima kasih rakan, taufan taulan, dan sahabat untuk selamanya handai sekalian. Engkorang memang handal
Tak pasal-pasal masuk lagu Upin Ipin. 




***





45 minit. 45 minits. Barulah nampak kerdipan lampu yg mirip polis, menghampiri pemuda itu. Sepanjang 
tempoh itu, entah apa entah yg pemuda itu lakukan. 
Melepak di dalam longkang, melepak di tuiter, talifon jatuh ke longkang, duduk berselimutkan 
sweater tatkala jam 12 tengahari, perut berkaraoke, entah apa lagi yg dilaluinya. 





Bulan puasa, memang banyak dugaannya. Bukan dari segi lapar dan dahaga. Dugaan itu jikalau dia 
nak menimpa kita, fuhhh dia tak kira macam mana, bila, dekat mana, dia memang tak kira. Buang masa dia
je kalau nak kena kira-kira semua. 




Sebenarnya panjang lagi cerita pasal anak muda ni, cuma buat masa ni aku terlalu sebak nak teruskan cerita. 
Nantilah bila-bila senang aku sambung lagi. 




Engkorang pun kesat la dulu air mata tu ye? Kah kah kah. 






















Tiada ulasan: