Sabtu, 6 Oktober 2012

Pendakian Satu Penyeksaan.






Minggu lepas, satu aktiviti berpeluh telah pun direncanakan tanpa dibawak bersidang ke meja keadilan warung. Misi kali ini adalah untuk mengorat Nuang.



Melihat daripada sudut pandangan orang ketiga, Nuang memiliki fizikal yg mantap dimana persiapan rapi amatlah diperlukan untuk menawan hatinya yg terletak di puncak. Oleh itu, bagi mengekstrimkan keadaan, tiada sebarang persiapan rasmi dilakukan oleh 4 orang pendaki, sebelum tiba hari pendakian.



Melihat dari sudut geografi, Nuang adalah yg tertinggi di Selangor. Secara matematiknya pula, ketinggiannya mencecah seribu ratus-ratus meter dari permukaan air. 
Secara sejarahnya pula, masih lagi menjadi misteri. 



Terdapat 2 titik permulaan untuk mendaki ke puncak, iaitu dari Hulu Langat, dan juga dari Janda Baik. 
Memandangkan para pendaki kesemuanya lelaki, faham-faham lah jalan mana yg mereka pilih. 



Usaha mendaki dilakukan seawal jam sebelas pagi, tatkala orang lain memulakannya jam tujuh pagi lagi.
Ini bagi memastikan pendakian yg lebih ekstrim dan luar dari bidang akal. 




Trek pendakian pula secara saintifiknya mengandungi pelbagai unsur-unsur yg menjadi penghalang ke arah
pendakian yg kemas dan sempurna. Antara binatang peliharaan yg diternak disana adalah pacat dan juga anjing
liar milik orang asli. Tak lupa juga ulat gonggok gergasi sebesar ranting kayu yg tidak boleh menggonggokkan
badannya seperti ulat gonggok yg bersaiz normal. 




Memandangkan sepanjang perjalanan langsung tiada RnR, maka pendakian dihentikan berkali-kali
bagi memberikan sedutan nafas yg sangat ekstrim dan juga bagi menghilangkan kekeringan di anak serta 
bapak tekak




Lebih kurang jam tiga lebih, Nuang akhirnya berjaya dijinakkan. Pun begitu, hanya bekalan nasik sahaja yg 
dibawa keatas manakala spare pat seperti skru draiver mata rata dan mata philips lupa untuk dibawa bagi 
mengetatkan semula lutut yg longgar. Sebelum turun pula, minyak brek pada bahagian lutut diservis 
secukup rasa bagi menjamin brek yg 'makan'. 




Oh ya, sepanjang pendakian sempat juga aku berkenalan dengan John, Gary, Sam, Matt, David dan ramai
lagi





Boleh tahan tip-top juga pacat-pacat area sana pasal guna nama omputeh.   




Secara keseluruhan, Nuang merupakan salah satu tempat yg boleh memuaskan hati dan lutut. Sebagai 
peringatan pula, terdapat beberapa 'Jangan' yg perlu diambil kira, antaranya:




1. Jangan memakai kasut casual stok pegi midveli punya.

2. Jangan kencing merata dan berdiri. Apatah lagi sambil berlari atau mendaki.

3. Jangan naik jam sebelas (Memang tak pernah dibuat orang, dan kami adalah 4 yg pertama yg buat)

4. Jangan dongak keatas sampai boleh nampak jalan yg mencanak naik. Ini akan melemahkan naluri pendakian.

5. Jangan pakai seluar koyak di celah kangkang. Pacat betina banyak.

6. Jangan buang sampah merata-rata. Walaupun kawan kita ada yg macam sampah, jangan buang dia disitu.

7. Jangan pergi kalau tak cukup ilmu di perut, dada, dan lutut. 

8. Jangan tegur benda sembarangan termasuk berbual dengan pokok. 

9. Jangan lupa daratan.





Begitulah serba sedikit petua menawan Nuang, daripada seorang pemuda. 








Tiada ulasan: