Rabu, 4 September 2013

Jamuan Raya Pemangkin Pembangunan Negara.

Pada suatu hari yg berharibulankan hari ni, aku pergi ke kerja seperti biasa. Cuma yg tak biasanya, hari ni aku berbaju melayu pasal ada jamuan raya. Tak cukup dengan itu, aku siap bawak sampin lagi sebagai langkah berjaga jaga pasal songkok aku takda. Jadi eloklah stenbai tengkolok yg diperbuat daripada sampin.

Meriah betul sambutan raya ni sampai semua yg berbangsa lain pun dituntut memakai baju melayu dan baju kurung. Cuma aku terkilan sikit pasal tak ada yg pakai kebaya.

Bab makanan pulak, macam macam ada. Daripada nasik beriyani, sampailah ke orang yg beriya riya makan, semua ada. Cukup. Lengkap.

Ketupat pun ada jugak. Itu yg tak tahan tu. Ketupat tu punyalah pawer, sampaikan lip lap lip lap cahaya keluar daripada ketupat tu. Nenek aku pun belum pernah bikin ketupat yg serupa tu lagi.

Lemang memang pergi. Sampaikan kalo engko makan, dia punya pergi tu boleh membawak ke Kedah. Jauh tak jauh dia punya pergi.

Tapi yg aku nak cerita sekarang bukanlah lemang yg pergi, mahupun ketupat yg berlip lap.

Sebenarnya masa aku menjamah juadah beraneka ragam makanlah jangan hanya dipandang tu siang tadi, aku ada perasan yg kebanyakan daripada juadah tersebut diperbuat daripada minyak. Ron95 ke 97, aku tak berapa pasti.

Yg paling pasti, minyak naik harga. Naik lagi 20 sen. 20 sen ni kalau kita imbau kembali ke zaman bapak aku, boleh buat beli nasik lemak sebungkus. Itu pun kalau kita rajin la nak imbau. Minyak ni memainkan peranan yg penting dalam membangunkan negara.

Tapi yg merisaukan aku adalah harga hantaran kahwin zaman sekarang ni. Bayangkan kalau kita nak meminang anak orang, lepastu bapaknya letak cukai 200% pasal kulit muka anak dia berminyak teruk, dan minyak sekarang mahal. Alamatnya makin banyaklah pemuda pemuda yg nak kena jadikan axion sebagai hantaran.

Benda benda macam ni, kita nak kena siasat dari sekarang. Kita bukannya sekadar mahukan Malaysia yg berslogankan "Syukurlah Malaysia masih aman" sahaja, akan tetapi kita mahukan Malaysia yg aman damai makmur sejahtera perkasa.

Ini satu hal lagi. Nak aman macam mana kalau hari hari kes tembak menembak masuk tivi? Satu penembak pun tak dapat dapat lagi nak tangkap. Dahsyat juga penembak penembak dekat Malaysia ni. Jenis yg dah biasa tembak ke dinding, inilah jadi dia.

Tivi pulak banyak sorokkan perkara realiti. Lagi lagi bab berita. Berat satu hala ni sebenarnya tak elok. Rosak minda, lumpuh sanubari. Paling aku geram sekali, ni macam mana Pak Samad pun boleh kena tahan dibawah Akta Hasutan? Orang tu dulu sasterawan negara. Kalau tak ada yg tak kena dalam negara ni, kenapa dia merebel? Apa merebel secara puisi pun jadi masalah ke? Keh keh keh.

Ok, sekarang aku nak pergi angkat puisi jadikan senjata. Tapi aku tak pandai pulak nak berpuisi. Jadi, aku takut puisi yg aku nak angkat nanti dia jadi C4 pulak. Susah jugak kalau ada yg jumpa serpihan dia kejap lagi.

Tapi seriuslah, jamuan raya tadi memang mengenyangkan.








1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahah statement 2013 tak leh blah...
"bapaknya letak cukai 200% pasal kulit muka anak dia berminyak teruk, dan minyak sekarang mahal"