Selasa, 17 Disember 2013

Bro, Lu Mesti Pernah Kene. Dan Lu Memang Memahami Gua.

Entah ke beberapa jumaat yg lepas, aku ada mengambil cuti rehat daripada bekerja. Kenapa cuti rehat? Sebab aku kalau cuti, betul-betul punya rehat aku duduk rumah. Kadang tu baring lagi banyak dari duduk.

Sebagai seorang yg mengamalkan konsep 'cuti didahulukan, rehat diutamakan', maka cuti itu akan menjadi kurang manisnya jikalau pukul lapan pagi mata sudah pun celik. Oleh itu, seawal jam sebelas pagi lagi aku sudahpun cuba untuk mencelikkan mata, namun pada jam sebelas dua minit jugak baru aku berjaya berbuat demikian secara syumul.

Aku sedar aku ni jenis yg pantang ada cuti. Kepala otak dah set dah selain daripada rehat, ada beberapa perkara yg nak kena setel.

Jadi mulut tak cakap banyak, hati tak berbisik banyak, capai tuala lelaki, masuk bilik air, keluar bilik air, sarung baju seluar, turun bawah setat motor.


Memandangkan tahun baru tak berapa lama lagi, jadi kad ATM pun hampir basi. Bila kad ATM hampir basi, maknanya tak boleh keluarkan duit dari mesin ATM nanti, bila tak boleh keluarkan duit, perut boleh jadi gastrik pasal tak makan. Nampak tak kad basi tu boleh memudaratkan kesihatan? Tak percaya, terai telan. Cuba bagitau aku benda basi apa dalam dunia ni yg sedap?


Sampai aje di Maybank terdekat, aku terus masuk. Ambik nombor, tunggu giliran. Nombor takdelah jauh sangat, celake akak tu tipu aku kata kalau nak buat kad nak kene tunggu sampai sejam. Dia ingat aku ni jenis yg mudah makan pujian dan mudah ditipu ke ape?

Tapi takpe, aku maafkan akak tu pasal dia ada spirit jadi kastemer servis. Sentiasa senyum dan berperilaku baik. Kira kalau dia banduan, dia boleh dibebaskan kerana berkelakuan baik. Macam tu la lebih kurang.


Sambil menunggu nombor giliran, aku duduk sambil main talipon. Sebenarnya talipon ni umpan je. Aku nak usha ada satu kaunter tu akak dia boleh tahan cun. Dia kelihatan bizi melayan karenah kastemer. Aku yakin itu juga merupakan helah dia untuk dia curi-curi usha aku. Hmmmm.


Sampai aje giliran aku, aku kecewe teruk pasal tak dapat kaunter akak tu tadi. Kaunter makcik-makcik aku dapat. Kecewe teruk tidak terperi aku dibuatnya. Tapi, sekali sekala akak tadi datang ke kaunter makcik ni untuk meminta pertolongan, dan aku tahu itu semua madah berhelah dia untuk mendekati aku secara lebih festufes dan saitbaisait serta secara halus.

Bila dia setel aje kerja dia, dia pun balik ke kaunternya semula. Masa tu lah aku jadi kecewa balik sampai sambil duduk tu kepala aku tertunduk pandang ke bawah. Punyalah down.



Pada waktu itu, aku dapat lihat jelas sejelas-jelasnya.


Zip seluo tak tutup.



Tiada ulasan: