Jumaat, 8 Ogos 2014

Khutbah dan Snuker.

Hari ni hari Jumaat. Macam hari-hari Jumaat yg lain, hari Jumaat macam hari ni ada semayang Jumaat. Dalam semayang Jumaat pulak, ada khutbah Jumaat. Dalam khutbah Jumaat pulak, ada yg duduk tunduk kepala tidur, ada yg khusyuk sampai mata terpejam, ada yg fokus pandang khatib, ada yg mata melilau carik tempat nak duduk pasal datang lambat dan macam-macam lagi.

Aku perati orang sekarang ni teruk jugak sampai tahap ada yg gelarkan hari Jumaat sebagai penghulu segala check-in. Harus diingat bahawa hari Jumaat zaman sekarang ni ramai yg pentingkan TGIF. Tak apa, jangan risau. Aku dulu pun tak tahu jugak apa benda TGIF ni. Tapi pada aku, daripada sibuk fikir hal TGIF ni, lagi elok kalau aku risaukan selipar takut kena rembat.

Harini punya khutbah Jumaat banyak berkisar tentang hubungan silaturrahim. Macam biasa, semua orang pun tahu yg silaturrahim dan hubungan sesama manusia itu penting. Tapi masih ramai antara kita yg ego, sombong, bongkak, takabbur, dan penuh hasad. Bukan setakat ego je, ada jugak yg dah upgrade dia punya ego jadi ego LC. Sedar tak sedar, benda-benda macam gini la yg mengikis silaturrahim sebenarnya.

Khatib tadi sempat berpesan;

"Kita sebagai manusia haruslah menjaga silaturrahim sesama insan dengan mengamalkan dan mencontohi akhlak terpuji termasuklah berbuat baik sesama manusia, menjaga adab dan tingkah laku serta percakapan, bertegur sapa, bertimbang rasa, hormat menghormati, dan bermain snuker".

Lebih kurang macam ni lah apa yg khatib pesan dalam khutbah siang tadi.


Aku macam percaya tak percaya je apa yg aku dengar.



Khatib ni biar betul?? Main snuker?? Apa benda yg main snuker boleh eratkan silaturrahim ni? Berdebar juga aku dengar. Jenuh jugak aku pikir dan hadam benda tu.



Setelah aku bertenang dan tarik nafas dua tiga kali, barulah aku sedar.

Benda last yg khatib tu sebut adalah,


"bermanis muka".


Langsung aku maki speaker dalam hati. Astaghfirullah.








Tiada ulasan: