Selasa, 13 Oktober 2009

surrogates.

jangan baca entry ini jikalau kamu masih belum menonton filem surrogates.



beberapa kelmarin yg lalu, aku keluar bersama kecik, syed, dan jen.
lepak lepak di pavi..merancang mahu menonton wayang
asalnya cita cita mahu menonton papadom, (bukan mamadom.)
last last tukar cerita apabila menkonsiderasikan waktu waktu yg tidak bertepatan dengan jadual padat kami berempat yg dipenuhi hal masing masing.


sapa sapa yg tak tau maksud surrogates, surrogate bolehlah didepinisikan sebagai pengganti atau gantian.
dalam cerita ini, manusia telah begitu maju kehadapan apabila hanya bergantung hidup pada surrogate untuk melakukan segala macam aktiviti harian.

fcuk.


kalau surrogate ini memang benar benar wujud, kita akan menjadi bukan kita.


apa teruk sangatkah kita untuk menjadi diri sendiri?
manusia memang tak pernah bersyukur.
tak pernah puas dengan apa yg ada....
aku bukan apa, serius tak dapat bayangkan tahap kejahilan manusia dan kehancuran manusia kalau surrogate ni menjadi realiti.


tak apalah, cerita ini sekadar cerita orang putih yg cuba memutihkan pikiran kita.
apa yg paling penting adalah...
tempahlah tempat duduk di belakang atau tengah tengah di dalam panggung.
kalau tak, kepala akan sama paras dengan kaki sendiri masa menonton nanti.
kalau tak peduli gak, masih berdegil nak duduk depan...
carilah pedal supaya kerusi tu boleh diadjustkan kepada mode baring.






2 ulasan:

Shoot Vengeance berkata...

ak tgk papadom. duduk seat 2 dr dpan. mmg 60 deg pale ak.

tikusmando berkata...

laen kali duduk di saf depan.
banyak sikit pahala...