Selasa, 24 November 2009

gerimis di waktu senja.

angin november bertiup lagi..membawa bersama hujan hujan bertitis titis banyaknya.

suka duka tangis tawa yg dibawa sang hujan terus jatuh menyembah bumi.

sebegitu hebat hubungan sang hujan dan juga bumi.

kadang kala memberi kenikmatan, kadang kala memberi musibah yg dipelopori banjir banjir.



hidup sekarang dikelilingi kebasahan hujan.

ada mereka yg demam tanda kecundang.

ada juga yg masih teguh berdiri menggigil kesejukan.


bayangkanlah hujan itu cinta.

aku berjalan dalam hujan tapi, aku berpayung.

aku pandang kiri dan kanan, disekeliling...mereka semua tidak berpayung!

nah...demam melanda kerana tewas penangan sang hujan.

bila banjir mula melanda, hujan yg tanpa henti dipersalahkan dan dipertikaikan.

putuslah sudah hubungan hujan dan bumi...

kenapa boleh putus?

ini dia....


1) bila keserasian dah tak lagi wujud.

situasi: dulu awak kata awak sanggup makan durian dengan saya sampai kentut berbau durian, kenapa sekarang awak malu nk kentut sama sama dengan saya dan berbau durian??

2) bila ada ketidakjujuran dalam berhubungan.

situasi: sayang, i bukan keluar dengan sapa sapa pun la, i cuma tolong hantarkan megan fox balik rumah dia je. macam la u tak tau yg rumah dia depan rumah nenek i??

3) bila rasa cemburu kian mencanak.

situasi: apasal u pegi jugak kuliah tu ha?kan i tak bagi.....u tau tak lecturer tu lelaki?i jeles tau tak?i jeles sangat bila u asyik fokus dalam kuliah yg berlecturerkan lelaki....

4) bila kongkongan tahap infiniti.

situasi: saya tak suka la awak ni, awak membuatkan saya rasa terkongkong dan dikongkong. saya lebih suka si A sebab dia lebih mengongkong saya.

5) bila hadir orang ke 3,4 dan 18.

situasi: assalamualaikum encik, encik ditahan kerana berdua dua an di dalam gelap. yg perempuan ni, sila ikut saya. encik boleh terus berseorangan disini.

6) bila ego sama tinggi dengan eye on malaysia.

situasi: u tau kan yg ego i ni 170cm tinggi sama tinggi dengan i. u tu rendah, so lebih baek u diam.

7) bila masa tak banyak diluangkan bersama.

situasi: maaflah i lebih banyak bazirkan masa i dengan kucing berbanding dengan u.

8) bila masing masing dah jemu.

situasi: u tau tak yg i dah jemu tengok muka u? boleh tak u buat pembedahan plastik dan tukar muka u yg macam buntut kuali ni?

9) bila bercinta bukan kerana cinta.

situasi: sebenarnya saya kapel dengan awak ni saja je nk meriahkan fon saya supaya berbunyi selalu. ada la function sikit.

10) bila semua benda aku yg kena pikir.

situasi: sekarang kau orang pulak pikir dan tinggalkan komen. jenuh la aku macam ni.








4 ulasan:

BajuKurung berkata...

hakhak.. terbaik dr ladang..

cikmemy berkata...

da xde jodoh.nak wat camne....huhu

TIKUSMANDO berkata...

ya.alasan paling munasabah dan munasarawak sekali yg sering digunakan.

"tak ada jodoh"

berkesan!

koPi kEpaLe beRapi berkata...

hmm
tade koje tol
ade ke suh ko fikir?
ak mls befikir
haha