Ahad, 27 Disember 2009

al-fatihah.















_______________


belumpun sempat 2009 melabuhkan tirai tari tirananya, negara kita dipukul dengan berita nahas bas ekspres yg meragut sepuluh nyawa.


al-fatihah buat mereka yg pergi.


bangkai bas yg direkodkan diatas, kini terdampar kemas di hadapan ibupejabat trafik ipoh. sempat aku merakamkannya untuk tatapan kita bersama. orang ramai tidak putus putus meratapi dan mengerumuni bangkai bas itu secara face to face.


biasalah, orang satu Malaysia semuanya prihatin. lebih lebih lagi kenderaan yg sesak di jalanraya kerana masing masing ingin mendapatkan view lintas langsung.


bas dabel dekker yg bertolak dari klang menuju ke kangar ini difahamkan hilang kawalan disebabkan keterlelapan pemandunya lalu merempuh pembahagi jalan. besi penghadang pembahagi jalan terjerumus menusuk bahagian bawah sebelah kiri bas menyebabkan penumpang yg berada di area itu maut.


disebabkan seorang pemandu bas yg berkeadaan mengantuk, sepuluh nyawa melayang. patut?

memang patut. patut diambil tindakan sewajarnya.



menurut syarikat bas tersebut, bas itu dipandu pada kelajuan 90km sejam dan tidak akan melebihi 91km sejam kerana telah dipasang dengan speed limiter. kelajuan bas itu dipantau menggunakan GPS yg dipasang pada bas itu.



lebih menyedihkan, ada penumpang yg putus kepala dan gusi terpacul keluar. ngeri.


menyentuh jiwa.


innalillah hi wa inna ilai hi rajiun.




1 ulasan:

nazrien berkata...

link dibawah post baru itu bawak aku ke post ini..haha lame syot dah post..nk komen gak..bapak aku g rescue bas ni..yg epiknye..bpk aku pn xsedar yg die ade selamatkan makcik sedara sendiri sampai lah sedara aku tu mai umah ckp melawat mak die kt icu...