Jumaat, 26 Mac 2010

pesta babikiu di Bukit Belacan.



pesta air.




babikiu.




menyusun arang mengikut tema.




antara pejalan kaki yg terlibat.


_______________




inilah destinasi pelancongan seterusnya yg berjaya diterokai. Bukit Belacan. atau nama lainnya, the Belacan Hills.


mengikut perancangan, terdapat pesta babikiu yg bakal berlangsung. jadi, pada hari kejadian, aku dan rakan rakan bangun pada awal pagi untuk menyediakan peralatan dan resipi pemerapan ayam yg bakal di babikiu kan. pukul 10 masih dikira sebagai awal pagi bukan?



setelah membeli belah di pasar basah, atau lebih tepat lagi, di kedai runcit basah, maka aktiviti membuat ramuan pun bermula.



Daus ditugaskan untuk memandikan ayam serta mengeluarkan segala lemak lemik ayam, manakala Zahidun pula bertindak sebagai mesin pemotong bawang manual.


berbekalkan lesung batu bersaiz S, aku menumbuk segala bawang, halia, serai dan lain lain secara berperingkat peringkat. Zahidun disebelah terlalu sebak mungkin, melihatkan usaha aku yg bersungguh sungguh menumbuk bawang, sehingga air matanya berlinangan tanda terharu. ini memaksa beliau untuk menyarung kaca mata hitam Ray-Ban bergaya Mando Diao.


setelah penat, tugas aku diambil alih oleh saudara Faridun yg sambil sambil menumbuk bawang, masih mampu membuat esaimen.


________________



setibanya di Bukit Belacan, kami mencari lokasi terbaik untuk dijadikan port. dan pada jam 4 petang, upacara menghidupkan api pun bermula. tahniah, suatu perancangan masa yg baik!



2 ekor ayam dibekalkan untuk pesta babikiu ini yg dihadiri oleh 8 orang. dan ada juga segelintir ketulan ayam berkulit gelap, bukan disebabkan hangus, tetapi mungkin diimport dari Afrika. namun, itu semua tidak menjadi masalah kerana masing masing beperut naga.


setelah puas bermandi manda dan kencing di dalam air, maka semua pun mulalah berkemas kemas untuk pulang. ketika sedang menyalin pakaian, ternampak kelibat seekor ular pokok yg sedang menyeberangi air. betul betul di tempat mandi kami tadi.


masing masing tecengang dan mengeluh. mujurlah kami semua sudah beransur daripada mandi, jikalau tidak, pasti menu babikiu kami bertambah.





seperkara lagi, jangan tanya aku bahawa disana ada belacan atau tidak. faham?



Khamis, 25 Mac 2010

amuk tanpa topeng.


masih ingat lagi aku pada peristiwa lampau, sewaktu hidup aku ini menempuhi zaman zaman kegelapan.


zaman gelap yg tidak disinari langsung oleh cahaya cahaya kad atm.


maka berkejaranlah aku kesana kemari, cuba untuk berurusan dengan pihak bank, bagaikan pihak bank itu seorang gadis rupawan yg aku kejari.


suatu hari, setelah mempertimbangkan dengan sewaras waras akal binatang, aku pun bergegas ke bank tersebut. mahu menyelesaikan segala sengketa yg berpunca daripada anak buah bank itu menelan sumber cahaya kewangan aku.


hinggakan dunia ini gelap seketika.







setelah meletakkan awek merah di tempat yg redup, maka aku pun bergegas masuk ke bank itu melalui pintu hadapan. itupun sebab bank itu tak ada tingkap.


tanpa belas kasihan aku mengherdik akak yg menjaga kaunter pertanyaan itu dengan herdikan yg bagaikan ngauman sang harimau kumbang.



"hei akak, aku datang sini nak tuntut bela diatas ketiadaan kad atm aku!" aku menerjahhnya sambil pisau lipat sepit kuku diacukan ke pipi.


"err....err...sabar. mengucap, mengucap....." balas akak itu yg masih terpinga pinga dan trauma.


muka akak itu yg agak manis bertukar menjadi gundah gulana apabila menyedari hakikat bahawa pipinya diacukan dengan objek tajam.


tidak mengapa, aku lepaskan akak itu. mungkin dia tidak bersalah.


sekarang aku menapak laju ke kaunter. target aku ialah akak di kaunter yg berwajah mak cik.


oh ya, habis semua nombor giliran orang lain aku potong. ini urusan aku. aku peduli apa. aku tidak mempedulikan orang lain kerana pada waktu itu memang tiada orang.


sesudah sampai di kaunter, terkejut juga aku apabila melihat akak berwajah makcik itu tadi sudah bersiap sedia menerima kunjungan aku. dia sudah pun membuka peti besi berisi wang yg aku sendiri kurang pasti akan jumlahnya.



"hei akak, bukan duit lah yg aku kejarkan selama ni. jikalau tidak sudah pasti aku hidup senang lenang sekarang berbinikan seorang datin." terangku kepada akak itu.




"zikril hakim."


eh, dia tahu nama aku?


"adik punya kad tak boleh buat lah hari ni, bla bla bla."



peh.


sia sia jugalah dua jam yg aku habiskan sebagai seorang penunggu di dalam bank itu.








tapi, bergaya juga cara aku masuk bank tadi bukan?










Jumaat, 12 Mac 2010

natijah, bukan khatijah.


natijah daripada kad atm aku yg ditelan oleh mesin atm yg kelaparan, maka dengan ini, aku telah merekrut hutang hutang di sekeliling tubuh badan.


1. duit kasperskai internet sekuriti 2010 berjumlah RM100 perlu di bank in kan ke akaun Amer Medo.


2. duit minyak kereta Mata yg dipegang oleh aku, akan tetapi telah diselewengkan dahulu kerana keterdesakan hidup, berjumlah RM15.


3. duit futsal di Shah Alam jam 1-3 pagi berjumlah RM7.30 yg didahulukan oleh Razak.


4. duit pinjaman secara loan daripada Faridun untuk survive di Mc D sebanyak RM30++


5. duit makan yg dibayarkan oleh Hasif ketika melepak di kedai makan selepas bermain futsal, berjumlah RM5.70


6. duit Daus RM4 berpunca daripada makan tengah hari di gerai Chegu selepas sembahyang jumaat.


7. duit duit yg bakal dipinjam dari sesiapa pun memandangkan timbulnya idea idea mahu ke sanwei lagun dikala hujung minggu ini.




kepada bank yg berkenaan, kalau dah bukak bank tu, reti reti la buat kerja.


cibai apa hari hari asyik offline??


aku pun reti jugak online sehari hari. orang bank tak terasa nak bukak fesbuk dan ym ke?


Jumaat, 5 Mac 2010

nafsu telan menggelodak jiwa.


aku hairan. sekeliling punya la banyak kafeteria. kenapa masih lapar lagi?


hari hari lepak kat kafeteria. apa makanan yg dijaja di kafeteria tu huduh sangatkah kesedapannya? tak cukup telan lagi?


mujur lighter tertinggal kat rumah. kalau tak, mungkin berlaku kes orang bakar mesin ATM buat pertama kalinya di Malaysia.