Rabu, 12 Mei 2010

cerita seorang ibu (episod II).

sekarang aku berada di rumah. orang kata, rumah manis rumah. aku gagal nampak dimana kemanisannya.



hidup aku di rumah sering dihantui oleh permintaan mak aku, yg aku sendiri terasa agak berat untuk menunaikannya. namun, setelah difikir fikir balik dan mengambil kira akan arus peredaran zaman yg kian pesat membangun, mungkin aku terpaksa akur.




kusut juga aku fikirkannya.




bayangkan talipon bimbit sudah ada dua, kalau nak mintak tolong apa apa daripada aku, tak jerit jerit panggil dah. mesej terus.



lepastu kalau nak replai, balas "K" je. hebat tak? maju tak? fuhh. modenisasi sungguh.




sekarang? nak apa lagi? kalau nak TV plasma 29 inci, boleh je tak ada masalah. tunggu aku bergaji nanti aku belikan.




tapi sekarang ni, dia mintak buatkan FACEBOOK untuk dia. fesbuk? perghhh.





nak marah betul rasanya. siapa pulak yg meracuni minda mak aku dengan laman laman sosial yg lagha begitu.




nasional geografik ada iklankan fesbuk ke? kalau ada pun, bila masa mak aku tengok nasional geografik?





aku bukan apa, masalahnya sekarang, nak shut down komputer pun sepuluh kali nak shut down, sepuluh kali tanya.




5 ulasan:

deqieza berkata...

hehe..
ayok2...

she-G berkata...

anak yang soleh...jgn begitu...tiu cobaaaaaan jaman moden nakkk...hahaha

Asnie.baik.sangat berkata...

hahaha sama la dgn ayah mak aku. hahaha kelaka dow!

Bella berkata...

bia betik

TIKUSMANDO berkata...

apekah tindakan yg wajar aku lakukan untuk menghadapi situasi kritikal begini?