Isnin, 17 Mei 2010

sajak hari guru.


aku masih ingat lagi dulu dulu, masa sekolah. bersempena hari guru. aku pernah kirimkan sajak ciptaan sendiri ke akhbar akhbar tempatan. yg pasti bukan akhbar tamil la.




dan, sajak aku itu telah mendapat pengiktirafan sidang editor wartawan, lalu diterbitkan ke dalam salah sebuah akhbar tempatan.




wahhh. dia punya bangga, toksah cerita la. lebih lebih lagi bila melihat nama sendiri terpampang kecil di bawah sajak itu. terasa macam sajak tu ada di muka depan terpampang seluas luas alam.




sajak tu berbunyi begini:


"guru, kaulah pelita hidupku."



itu je yg aku ingat dan seingat ingat aku.



kalau ada anugerah sajak sajak agung karya budak sekolah, mesti aku membolotinya.




tapi kalau sekarang, aku takkan letak pelita dah.


"guru, kaulah lampu pendaflour rumahku."





lihat bagaimana bezanya antara pemikiran dahulu dan keterbukaan minda sekarang?



Tiada ulasan: