Ahad, 29 Ogos 2010

eksiden.



jalan nak ke ijok memang bahaya. terkenal dengan selekoh selekoh mautnya. aku sudah jadi mangsa.


kadang kala, kesilapan dan kecuaian orang lain membawa padah pada kita. risiko tetap ada walaupun kamu berhati hati tahap maksimum.


selekoh terakhir jalan bengkang bengkok, yg bersebelahan dengan jerat cina itulah tempatnya dimana kami menyembah bumi. tatkala insan lain sedang sibuk bersila dihadapan juadah berbuka puasa.


sikap biadab kereta Gen 2 yg memotong kenderaan hadapan mengikut lorong kiri, memberi impak kepada aku dan Farid SMJ. tidak dilupakan, awek merah aku.


oh aku taknak ingat kejadian tu. jadi, aku malas nk cerita.


diri sendiri calar, paling aku tak boleh terima, awek merah pun calar juga.




lepas je jatuh, aku bingkas bangun pergi ke kereta yg langgar tu. aku tumbuk cermin kereta dia sampai pecah.


dia jatuh sambil memegang muka. kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku tanam dia hidup hidup di jerat cina bersebelahan. gampang betul.


terkucing-kucing pemandunya keluar. tanpa banyak cakap, sedas penumbuk aku hadiahkan tepat ke muka kirinya.


Farid SMJ pula, tak banyak cakap. terus ambil kebab sumbat ke mulut mamat tu sambil memberi sekilas belakang tangan.


Farid SMJ keluarkan pisau lipat di poket kirinya, aku pula ambil pemutar skru mata rata, ingat nak butakan terus mata dia.


lelaki itu berpeluh peluh, mungkin menahan sebak di dada. ahhh, apa kami peduli. dengan pantas, kereta Gen 2 nya ditoreh menggunakan skil menoreh getah.


kali ini, lelaki itu terduduk melihat keretanya diperlakukan sedimikian oleh aku dan Farid SMJ. aku nasihatkan kepada kamu semua, jangan tegur kami jikalau kami masing masing sedang bengis dan samseng jikalau ingin selamat.


tiba tiba muncul seorang pemandu teksi, cuba untuk menyelamatkan keadaan. keadaan semakin teruk, apabila pemandu teksi turut melibas mamat itu menggunakan cemeti.


kami menjadi runsing, bila pemandu bas yg membawa bas ke sabak bernam, bertindak menggeselkan basnya pada kereta itu. selapas itu, beliau memberikan isyarat "bagus" dengan mengangkat jarinya yg tengah.


mamat itu pengsan di tempat kejadian. dan akhirnya ditinggalkan begitu sahaja tanpa belas kasihan.


dalam keadaan pengsan, mulutnya terkumat kamit menjerit dan meminta simpati dengan berkata "maafkan kami penunggu gua" sebanyak dua kali.


fuh, puas sungguh rasanya bila dapat bertindak sedemikian.






tapi, apa boleh buat? lepas langgar, dia terus lari. *mencarut*



kalau ye pun takut, bertanggungjawab la sikit. kalau taknak bayar pun, tolong gantikan tempat aku masa cuci luka pun cukup la. tau tak cuci luka tu berpuluh kali ganda sakit daripada tersungkur atas jalan?


kecik kecik tak nak sekolah, ponteng pegi jolok buah pelam. dah besar, menyusahkan orang.


bodoh.


ehhhh. sekali lagi lah.


bodoh.



Khamis, 26 Ogos 2010

buah Melaka.



bila puasa je, mesti aku mengalami suatu keadaan yg dipanggil mengidam. lazimnya ibu ibu yg mengandung saja yg mengalami masalah sebegini.


sudahlah, jangan tanya aku, berapa bulan ke apa ke. letih aku nak jawab. aku dipengaruhi kuat oleh hormon testosteron dan testarosa.


benda ni aku dah mati akal dah fikir. aku cari di wikipedia pun tak ada. susah dan rumit juga sebenarnya.


sekarang, selepas aku buat kajian dan thesis dibantu oleh pakar pakar sakit puan, sebenarnya aku sekarang disahkan sebagai terkena tempias buatan orang. itulah sebabnya aku menjadi seorang pengidam buah Melaka bila puasa menjelma.


ala ala serigala jadian yg jadi serigala bila bulan mengambang, tapi kalau bulan diambang wati, takkan jadi.


benda ni kalau kau orang tengok cerita breaking the magician's code pun belum tentu si mejisyen bertopeng dapat merungkai puncanya. sebab benda ni bukan magis.


sekarang, aku bersetuju dengan penyelesaiannya. ada pernah kau orang jumpa buah yg guna nama negeri lain?






merecun.



kelip kelip kusangka api,

kalau api, mana mercunnya?

hilang ghaib kusangka kudung,

kalau kudung, mana tangannya?



-jangan main mercun, silap silap boleh jadi gambar hiasan di kotak rokok-





Sabtu, 21 Ogos 2010

akei ada ke?



akei jangan letak kat lutut. aku ingat orang macam ni tak pernah wujud. tapi, aku dah faham sekarang. orang begini betul betul wujud!


bezanya, dia letak akei kat bukulali je. sebab dia lagi bodoh daripada orang yg letak akei kat lutut.



*akei = akal

Jumaat, 20 Ogos 2010

bayang bayang misteri nusantara.



manusia memang tidak dapat lari daripada bayang bayang sendiri, apatah lagi berjogging daripada bayang bayang sendiri. bila ada cahaya, bayang bayang pasti akan ada. mengekori kita kemana sahaja. itulah yg dipanggil bayangan sendiri. kemisteri yg tidak mungkin terpisah.


namun, wujudkah bayang bayang yg tidak bertuan? bayang bayang yg bergerak bebas sendiri tanpa bertuankan objek legap. wujudkah ia? persoalan ini timbul beberapa hari lepas. sedang aku, Farid SMJ dan Aban Pecah Rumah menaiki motor dikala malam hari. ketika itu, kami bertiga baru sahaja pulang dari mengopi di kedai makan.



suasana pada malam itu tidaklah sehening mana. lampu jalan masih lagi gah menyinari jalan jalan tar yg terdampar lurus.



tiba di suatu selekoh yg tidaklah begitu maut, dengan tidak semena mena seekor biawak melintas. pantas motor aku yg sedang bergerak stabil mendaki bukit, diperlahankan dengan menganjakkan gear kepada gear dua. sedikit tersentak dengan kehadiran biawak itu melintas jalan.



tanggapan positif yg diberikan ternyata meleset, apabila aku dapati bahawa yg melintas itu sebenarnya bukanlah biawak, juga bukanlah abah mahupun ibu biawak. objek yg 'bukan biawak' itu melintas dan setelah separuh jalan melintas, ia berpatah balik melingkar.



kali ini mirip mirip seperti seekor ular. ketika ini, motor yg kami naiki sudahpun semakin menghampiri ke arah objek yg 'bukan biawak' itu. ya, kelihatannya jelas sekali.



ianya bukanlah sesuatu yg legap. bermaksud, ianya bukanlah objek timbul kerana ianya semata mata bayang di jalanan. dengan pantas Aban Pecah Rumah melihat ke langit, untuk memastikan samada burung atau mungkin kelawar yg melintas lalu tanpa menggunakan jejantas.



panik semakin membuak buak bila langit tidak menunjukkan sebarang tanda tanda burung atau kelawar yg terbang. bayang itu tadi melingkar pantas ke tepi jalan dan terus lesap. adakah kemungkinan itu hanyalah haiwan haiwan yg diramal?



sekali lagi kecewa, bila melihat bahawa di tepi jalan sebenarnya terdapat pembahagi jalan. jadi, bagaimana kamu rasa binatang itu mampu lesap dengan pantas melalui pembahagi jalan?



masing masing tertawa riang,


"woi apa benda kita nampak tadi ha?"


"aku nampak bayang bayang je"


"aku ingatkan binatang melintas, tapi tak nampak pun binatangnya."


"aku tengok atas, takde pun burung lalu"



macam macam persoalan timbul dan terapung. misteri masih belum dapat dirungkai.



_______________



Aban Pecah Rumah menalifon aku, memberitahu yg dia baru sahaja eksiden motor. jatuh tergelincir ketika jalan licin disebabkan hujan. habis berbirat motor dia. aku tumpang simpati, takkan gembira pulak?



hanya beberapa hari selepas peristiwa itu.




semalam pula, aku nyaris nyaris tergelincir ketika menunggang motor di dalam UiTM. mujur dapat mengimbangkan semula motor walaupun hakikatnya tayar belakang motor aku sudahpun terseret laju ketika melayan lep. mujur,

aku bersyukur. dielakkan daripada terjatuh. aku lagi rela diri sendiri bercalar, daripada melihat keadaan awek merah sendiri yg bercalar balar. aku sayang dia. lebih.



jadi, apakah tindakan Farid SMJ?




ha ha ha. aku tak percaya benda ni, macam tak ada rasional je.


tapi, bulan puasa, yg kena ikat ialah setan. bukan bayang bayang. iye dak?






Selasa, 17 Ogos 2010

abang abang.



petang tadi adik aku talifon. ye aku tahu tujuan dia talifon tu. sekarang dia menghadapi percubaan SPM di sekolah dia. konon konon mintak restu abang la.



dah sehari dia periksa. lepastu sibuk mengadu dan mengaku yg Fizik tu susah. Bahasa Arab pulak boleh tahan. tula masa dekat rumah, taknak tanya abang ko yg sentiasa sedia membantu. oh lebih sesuai lagi apabila perkataan membantu tu ditambah huruf T di belakang. sebab aku memang suka kutuk dia taim dia buat kerja.



setelah berborak borak seketika bertanyakan pasal puasa dan isu balik rumah, maka aku pun dah tak tahu nak tanya apa lagi dah.


"ko esok paper apa?"


"esok Bahasa Melayu."


"susah ke?"


"susah jugakla...."


"hek eleh, Bahasa Melayu pun susah. hari hari bertutur bahasa melayu, takkan la tak reti jawab. aku dulu dari darjah satu sampai masuk U, Bahasa Melayu tak pernah tak dapat A."




macam biasa, dia mencemuh aku dengan penuh ketidak puasan hatinya. tanpa dia sedari, aku dah bakar semangat dia.




buat baik baik esok. walaupun abang ko ni selalu lupa nak doakan. tapi kalau bab suruh menyuruh, abang ko masih no.1



-seterika baju-masak kentang goreng-baca mesej ko senyap senyap-sound ko bila ko mandi lama sangat-buat tak tau bila ko suruh pegi kedai beli itu ini-menjajah tivi bila ko sebuk nk tengok hindustan dengan cerita korea-buli ko masa main badminton-menyapa jerawat jerawat ko secara perlian-mengutuk pencuci muka ko-menggelakkan ko bila kena marah dengan mama dan ayah-bagi ko terkejut sampai ko melatah mengarut-




bila difikirkan balik, aku ni tak ada la kejam sangat.





Isnin, 16 Ogos 2010

jawapan.




jawapan kepada persoalan di bawah ialah;





AZAN DALAM BILIK AIR








-jangan amalkan pulak.





Jumaat, 13 Ogos 2010

perah otak.



benda ni pakcik aku penah tanya aku dulu. sekarang aku nak tanya kalian.


agak agak la kan, perkara apa yg bila kita buat, setan tak suka dan malaikat pun tak suka?


rumit bukan?


sebenarnya ianya taklah rumit sangat.




Khamis, 12 Ogos 2010

terawih pertama yg mengenyangkan.



jiwa bergelora berkobar kobar menanti ketibaan ramadhan. sebaik sahaja azan maghrib berkumandang, diri disiapkan dan diperkemaskan dengan berkain pelikat beserta baju melayu dan berkupiah tanpa tali kaledar.


setelah siap, maka ketibaan isyak pun dinanti. namun, sebelum isyak sempat tiba, talipon bimbit berpenggera yg aku miliki berbunyi menandakan terdapat panggilan rasmi.


butang hijau berlambangkan talifon ditekan.



_________________



aku, Farid SMJ dan Faiz Ujang bergerak menuju ke Klang Sentral untuk mengambil Naim Suhut yg baru sahaja tiba dari kampung halaman.


kemudian, kami singgah di Mc Donald. berkain pelikat. berbaju melayu. peduli apa?



yg penting semua orang di Mc Donald pasti terasa dan lantas memuhasabah diri,

"eh teruknya aku ni, tak pergi terawih macam budak budak tu. kan dah boleh terawih malam ni."




walaupun jam terang terang pukul sembilan suku.




Ahad, 8 Ogos 2010

unik?


aku pelik betul. kenapa budak dua orang ni kuat gila mengarut. ada orang kata mereka ni unik?
sebelum tu, aku nak mintak maaf pada Razak Ajak sebab budak dua orang tu dah memanipulasi nama dia.

yg ni aku curik daripada fesbuk.

nah, korang nilai la sendiri.



Farid Smj mari menambah tekanan maplei di dinihari.

Thursday at 2:43am · ·
    • Zikril Hakim pegi tak ajak.
      Thursday at 4:01am · ·
    • Farid Smj td kan pegi dgn razak ajak..
      Thursday at 4:06am ·
    • Zikril Hakim razak ajak pun tak ajak.
      Thursday at 4:07am · ·
    • Farid Smj lain kali ak ajak razak ajak agar ajak ko.
      Thursday at 4:09am · · 1 person
    • Zikril Hakim kalau razak ajak taknak ajak aku gak, boleh ko pujuk razak ajak supaya ajak aku?
      Thursday at 4:15am · · 1 person ·
    • Farid Smj razak ajak pasti akan ajak ko bila ak ajak dia dan aku terlupa ajak ko sbb ko bkn zikril ajak.
      Thursday at 4:16am · · 2 people
    • Zikril Hakim takpelah. lepasni tak payah ajak la. banyak sangat ajak pun susah juga.
      Thursday at 4:20am · ·
    • Farid Smj agak2 je la ajak..
      Thursday at 4:21am ·
    • Zikril Hakim ko jgn suruh razak ajak, ajak ajak ayam pulak.
      Thursday at 4:22am · · 1 person ·
    • Farid Smj salah..

      agak agak razak ajak ajak kita ajak ajak ayam tak?
      Thursday at 4:25am · · 1 person
    • Zikril Hakim ajak ajak ayam ajak razak ajak tak?
      Thursday at 4:26am · · 1 person ·
    • Farid Smj kita sruh ayam ajak razak ajak ajak ajak ayam jelah.
      Thursday at 4:27am · · 1 person
    • Zikril Hakim ayam ayam razak ajak nak ajak sekali tak?
      Thursday at 4:28am · ·
    • Muhammad Firdaus banyak sgt la ajakan paradigma korang.......
      Thursday at 4:30am ·
    • Farid Smj jangan smpi ayam ayam razak ajak ajak kita ajak ajak ayam pulak.
      Thursday at 4:31am ·
    • Zikril Hakim kita dah terajak dengan pujukan ayam ayam razak ajak ni.
      Thursday at 4:32am · ·
    • Farid Smj jom membajak bersama ayam ayam razak ajak, jgn lupa ajak ajak ayam razak ajak pulak.
      Thursday at 4:33am ·
    • Zikril Hakim ayam ayam razak ajak pun pandai ajak ajak ayam.
      Thursday at 4:35am · ·
    • Farid Smj nk tido ajak aku supaya boleh ajak razak ajak tido bersama ayam ayam razak ajak agar kita tak tido2 ayam.
      Thursday at 4:38am ·
    • Syafiq Apik ape ke paedahnye korang membabi buta jam4pg nih..
      Thursday at 11:13am ·
    • Zikril Hakim baik membabi buta daripada bebal.
      Thursday at 1:07pm · ·
    • Syafiq Apik whos bebal?
      Thursday at 1:10pm ·
    • Zikril Hakim siapa lagi yg kuat menggelejat.
      Thursday at 1:13pm · ·
    • Syafiq Apik tak sebebal ko.
      Thursday at 1:16pm ·
    • Zikril Hakim oh lupa. aku la paling banyak kene kelemp.
      Thursday at 1:18pm · ·