Sabtu, 7 Ogos 2010

tragedi balik sembahyang jumaat.


ini cerita hari jumaat yg lepas lepas. masa tu baru lepas sembahyang jumaat. stended la hari jumaat, mesti berkain pelikat dan berkupiah punya sambil tunggang moto. baru la nampak islamik sikit.


balik sembahyang, aku, Farid SMJ dan Razak Ajak masing masing naik moto masing masing. jadi ada tiga moto keseluruhannya. di dalam perjalanan untuk pulang ke rumah. sebuah kancil mini memotong kami. oh, mana ada kancil yg bersaiz XL kan? jadi, buang saja perkataan mini itu.


lebih mencurigakan lagi, kancil itu dinaiki oleh sekumpulan gadis gadis yg berkeadaan sardin di dalamnya. itu tidak jadi masalah, sebaliknya, kancil itu memotong tiga orang bujang yg sedang khusyuk menaiki moto menikmati tiupan angin.


kalau mahu memotong, juga tidak jadi masalah. namun, pemotongan itu berlaku dengan suasana di dalam kereta itu penuh gelak ketawa sambil memandang mandang tiga jejaka muda tersebut.




kelihatannya seperti Farid SMJ tidak puas hati tentang hal demikian. maka, dengan kuasa kuda Farid SMJ memulas trotel motornya supaya berkelajuan lebih tinggi untuk memotong para gadis itu tadi.



tahniah Farid SMJ kerana kau telah berjaya menyelamatkan maruah jejaka Malaysia. dengan penuh bergaya Farid SMJ memintas kancil itu. lebih bergaya lagi apabila sebaik sahaja dia berjaya memintas, tiba tiba kupiahnya melayang.



lantas digelakkan oleh gadis gadis itu tadi. kadang kadang manusia juga sering alpa.

mungkin lepas ni, akan ada iklan keselamatan jalan raya yg akan menyuruh kupiah supaya dipasangkan tali kaledar.




ah sudahla. benda dah jadi. sori Farid SMJ sebab guna nama kau untuk gantikan tempat aku dalam cerita ni.




3 ulasan:

deqieza berkata...

hehe...

Tanpa Nama berkata...

hahahha...bongok lawak

a.r.e.p a.h.m.a.d berkata...

zaeck.........
lawaklah..........
seyes!!!!!!!!