Jumaat, 30 April 2010

canggih. memang canggih.


semalam aku tidur lalu bermimpi, biasalah kebelakangan ni aku banyak berada di dunia mimpi berbanding dunia sebenar.



tapi agak pelik juga sebenarnya. kerana aku mimpi aku pergi memancing.


memancing bukanlah benda yg biasa aku lakukan, dan aku rasa aku tak pernah lakukannya lagi.



oh silap, masa kecik kecik dulu, ada sekali bila mak aku terlepas pandang. aku lesap pergi ikut kawan kawan mancing ikan puyu dan ikan sepat.



sekali tu je aku rasa. oh ada lagi satu, bila aku dapat permainan mancing ikan. ikan banyak banyak berputar, lepastu joran ada tali yg hujungnya ada magnet. mulut ikan sekejap terbuka sekejap tertutup. yg ini aku tak pasti umur aku berapa tahun sebenarnya.



tapi semalam, memancing memang aku pulun habis. tahun berapa aku tak pasti, mungkin zaman tu zaman zaman kereta pakai cakap "ok aku nak pergi ipoh" lepastu kereta tu pergi sendiri automatik.



dekat mata kail tu, aku cucuk cacing, lepastu kena sangkut MP3 sekali kat kail tu. aku tak pasti fungsinya untuk apa. kalis air kot MP3 tu.



bukan calang calang mimpi aku ni.




kau orang ada ke mimpi yg secanggih mimpi aku? ha? ha?




Jumaat, 23 April 2010

gejala tidur.


gejala sekarang ni teruk gila. kehidupan aku dah tak ada pagi dah. nasib baik ada azan kejut aku. sedikit lega. yg pasti bukan azan subuh.


aku sendiri tak faham kenapa. tak sampai beberapa jam celik, dah mengantuk balik.



kenapa boleh jadi macam ni? kenapa?




dulu masa kecik, aku senang terjaga. mak aku kata, kalau aku dalam buaian, senduk kat dapur jatuh pun aku dah terjaga. apatah lagi kalau ada jiran taman sebelah melalak karaoke. kiranya kalau aku tengah tidur, apa yg orang borakkan, aku boleh dengar, cuma aku tak faham sebab masih bayi.


tapi remaja ini, apa sudah jadi? mana perginya kebolehan aku untuk bangun dah mudah terjaga? mana?



tak apalah. apakan daya.



tapi, satu je aku tak boleh terima.



bila bangun je, kalau aku kata yg aku tak cukup tido, terus kena maki dengan kawan kawan.







projek stress part 1.





ni band kain pelikat, ala ala last shadow puppet.


sapa stress, nak stress lagi boleh tengok.




-amaran! ini tiada kena mengena dengan serangan ke atas WTC dan pentagon.







Rabu, 21 April 2010

dalam hati.




apasal bertenang sangat ni? aku tau ke tak yg esok periksa?



susah jugak bila dalam hati ada sawah padi ni.

Isnin, 19 April 2010

mamak.


malam ni lepak di mamak. keluar cari makanan dan bola pada jam 3 pagi. untung untung perut kenyang. game pun kencang.


tapi apasal mamak bukak cennel ZEE?



lepastu pura pura hilangkan remot estro.

Cing.


Cing selalu lepak rumah ni. bagus. sekurang kurangnya dia tidak seperti kucing kucing yg lain yg berpeleseran di malam hari.


berbekalkan warna kulit yg menarik dan bersih, Cing tidak membazirkan usia remajanya dengan perbuatan perbuatan lagha seperti mencuri ikan di dapur (dapur memang tiada ikan), kadang kadang tu adela jugak ketulan ayam yg dibawa lari.


dia ni memang seekor (kata ganti nama untuk haiwan) yg cergas. cuma otak je kurang cerdas.



sekarang ni tiap tiap malam dia lepak dengan kitorang. tidur pun nak tempat yg bes bes je. yg bagusnya, dia ni jinak, tak gigit orang, tak berbisa, dan boleh kejut orang pagi pagi.


mungkin dia mahu merasa menjadi bujang yg tinggal di rumah yg berlagak kot.




tunggu la cukup bulan ni, kalau dia taknak bayar sewa, aku sunatkan dia. aku peduli apa.




Ahad, 18 April 2010

hidup biar stabil.


demi masa depan anak anak dan isteri isteri, aku terpaksa membanting tulang mencari rezeki. kebelakangan ni, kewangan aku makin tak stabil.


untuk hidup di dunia ni, kalau kewangan kita sendiri tidak mampu menstabilkan diri kita, kehidupan kita, dan keperluan kita, kita ibarat seorang yg memakai life jeket dan terapung di tengah lautan bergelora. berapa lama kita boleh bertahan?


untuk menghadapi semua itu, maka mengikut perancangan, cuti ini aku akan melakukan tugas tugas khas yg mampu memberi sumber pendapatan setimpal. dan perancangan ini telah pun diberitahu kepada mak aku.



tapi, bila diajukan soalan bertanyakan tentang keinginan untuk bekerja pada cuti ini oleh mak aku, apakah jawapan "tak ada duit" sudah cukup lengkap menutup segala kemelut yg timbul?



oleh itu, jawapan paling ringkas dan padat haruslah diberikan.



"nak kumpul duit sikit, nak kawin."



dan pembebelan pun bermula.





tapi dia tetap tahu yg anaknya ini suka bergurau, mengarut, dan garu lutut.


dari kerana mata.


akak kedai makan dari Narathiwat tu buat hal lagi. selama dia cuti balik kampung ni hidup aku sedikit aman. tapi sekarang dia kembali menabur bakti di kedai itu. nampaknya penyakit tak-boleh-tengok-aku-kalau-tengok-pasti-gelak dah berkurangan. lega.



hari tu masa budak budak ni open table sampai 4 meja, dia datang amik order.



macam biase, dia panggil aku abe. aku tak kisah pun. dah biasa.


dan, depan budak budak ni, dia bagitahu



"oloh suko tengok mato abe nih"



masuk kali ni dah lebih kurang 54 kali dia cakap benda yg sama.



seksi sangat ke mata aku ni? kalau seksi, nanti aku pakaikan purdah.



Ahad, 11 April 2010

mandarinisme.


penat pikir pasal video mandarin ni. nak kena belakon la, seting tempat la, macam macam.


lepasni kalau aku tak dapat ngorat hannah tan, aku tak tahu la.

Sabtu, 10 April 2010

Rabu, 7 April 2010

lalat musuh no.2 negara selepas dadah.


dadah perosak ummah. adakah lalat perosak akhlak?



akhlak aku tercabar hari ini kerana seekor lalat. bodoh punya lalat, kecik kecik tak nak masuk tadika. sudah dewasa, langsung tak berbakti pada negara. buktinya? jutaan lalat menganggur di Malaysia sekarang.



dahaga di petang hari, maka aku capai la air teh O ais tiga serangkai tengah hari tadi punya. sedut guna seterow.



sambil sambil sedut, sempat lagi aku mengintai air teh O ais itu yg semakin luput manisnya, takut kalau kalau ada semut. sector clear, maka selamat diminum.



namun, sejauh mana ianya selamat? dan sebertuah mana aku?



tatkala aku mengintai air itu dari tirai kamar untuk memastikan tiada semut, lalat itu sudahpun termasuk di dalam mulut aku rupanya. patutlah air teh O ais itu bertambah sedapnya.



mujur tindakan refleks separa sedar aku, menyebabkan aku tidak menelan sesuatu kelibat yg aneh yg terasa di dalam mulut. oh, mujur.







apa lagi, aku bertindak keras terhadap lalat itu dengan mengunyahnya ibarat seperti gula gula getah. rasakan, biar hancur tulang belulangnya.



tak percaya?



aku sendiri pun tak percaya bila aku menipu.



yg pasti, lalat itu masih hidup dan bergerak gerak manja apabila aku keluarkan ia dari dalam mulut aku.





dan aku tak fikir panjang, terus ke gerai goreng pisang melempiaskan nafsu.









Ahad, 4 April 2010

persediaan yg teratur.


sekarang aku bizi. dah tak ada masa nak main fesbuk. pagi aku ulangkaji pelajaran, malam pula buat kerja kerji yg bertimbun.


sekarang hidup aku berdamping dengan perpustakaan dan pustakawan je. jalan pun dah tak toleh orang, buku sahaja di tangan. bila berlanggar dengan orang, terus kata "maaf saya sedang setadi." dan terus belah.



tidur pula pukul 4.37 pagi setiap hari. minum neskefe dan nesvita supaya tak mengantuk. setadi tak ingat dunia tapi akhirat ingat sikit sikit.



gila. peperiksaan dah tak lama lagi, apa yg pasti, aku kena lakukan yg terbaik. sambil sambil bawak motor, minda aku tak henti henti membuat latih tubi secara sendiri. fokus.



lihat bagaimana aku menghadapi situasi hujung sem dengan berkesan dan nekad. teratur bukan?




________________



alangkah indah dunia jika aku begitu. tapi lagi indah jika aku terus begini.



Khamis, 1 April 2010

botak dan haus.


botak itu adalah untuk mengkelaskan salah satu keadaan fizikal manusia.


begitu juga dengan dahaga, ia melambangkan keadaan seseorang itu.


tapi perkataan itu istimewa, kenapa ye?




"hai tayar motor dah botak lagi haus dah ni."




adakah tayar motor sama seperti kepala manusia?


dan ianya juga memerlukan air untuk mengekalkan kemandirian spesis?








apa yg pasti, ianya menggunakan duit untuk menukarnya.



maka disitulah aku memainkan peranan.