Ahad, 27 Jun 2010

bual bicara bersama Opah.


tadi masa makan malam sama sama dengan opah, aku sempat mengajukan soalan soalan Melodi kepada opah aku.


"opah taknak kawin kawin ke?"


"buat apa? buat malu je."


"ala bukannya salah disisi agama pun."


"memang la, tapi dah tua tua. ada ke orang nak?"


"kalau ada?"


"sapa? bagitau sapa?"


"kot kot ada lelaki umo 30 lebih nak, bagaimana?"


"tadak pasai la. kalau artis, lainla...."


"opah taknak jadi artis ke? masuk AF ke?"





lepastu opah aku suruh tambah kuah sardin, aku malas.




"pemalas betul budak ni. pemalas sampai ke tahi."


"ai ade ke pemalas sampai ke tahi?"


"sampai ke kentut takpe lagi."




baru aku tau malas pun ada kategori.




Sabtu, 26 Jun 2010

orang kuat.


hari ni hari terakhir aku sebagai seorang kerani kilang kayu kayan. fuh, sungguh tidak kusangka yg aku dah berjaya melalui segala onak ranjau berliku sebagai seorang pekerja kilang yg tidak melampau. segala bibit bibit kebosanan sudah aku lalui dengan bosannya. serius, bosan.



tapi tadi, taukeh aku tiba tiba membicarakan tentang Ah Bee, seorang supervaizer yg umurnya dalam lingkungan 50-an, yg sangat menggelabah kalau buat kerja. taukeh aku merungut sebab Ah Bee ni selalu buat kerja tak ikut prosedur. degil. dia ingat kilang tu dia punya? kilang tu taukeh aku yg punya tau.




amoi lagi dua orang pulak terdiam, bila tiba tiba je taukeh cakap pasal hal hal peraivesi macam tu pada aku. mungkin ni masalah dalaman mereka. aku apa peduli, minda aku masa tu sedang asyik menunggu kunjungan pukul 1. balik rumah, tidur.




taukeh aku siap nak belanja makan. tapi aku tolak atas alasan mak di rumah sudah masak. aku ingat kalau aku kerja lagi 3 bulan, aku dah boleh pegang saham kompeni kilang tu la. hal hal sebegitu pun taukeh merungut pada aku.





padahal, aku tak pernah merungut pun yg mak aku ada fesbuk pada taukeh.




hubungan sesama....


sepanjang aku bekerja di kilang kayu ni, aku berjaya menjalinkan hubungan diplomatik yg baik dengan anjing anjing kilang ni. ia adalah sesuatu yg bermakna dalam hidup aku.



namun semalam, hubungan baik tersebut teruji ketika aku baru sahaja selesai bertugas dan ingin pulang ke rumah. aku akui, aku telah tersilap langkah dengan meletakkan motosikal aku berhampiran motosikal motosikal pekerja cina yg lain di bawah satu bumbung. apa boleh buat? hujan memaksa aku untuk bertindak begitu.



kebiasaannya, aku akan meletakkan motosikal betul betul di hadapan pondok usang pakgad. ini memudahkan aku untuk menumbuk kad.



sebaik sahaja jam 5 petang, maka aku keluar menerjah ke motosikal. namun terjahan aku terhenti di pondok usang pakgad. dari situ, aku lihat seekor ibu anjing bersama anak anak anak anak anak anak nya sedang bermesra mesra sebagai sebuah keluarga yg bahagia.




amboi. mesra sungguh. terharu seketika aku melihatnya. dan, macam mana aku nak balik?




tak apa. aku tenang. aku memulakan langkah ke zon mesra ibu dan anak anak anjing itu tadi. taget aku adalah untuk menyelamatkan motosikal aku. ingat aku takut sangat ke? hek eleh. lutut je goyang sikit. sikit je pun.




masa nak alih moto, anak anak anjing tu semua sekali renung je aku. walaupun badan aku mempunyai tulang belulang yg tahan karat, ingat aku takut ke? aku renung balik. sekor je yg sempat aku renung, yg lain, lain kalilah ye. ibu anjing, aku jeling sikit je, dia terus belah. beastmaster juga aku ni.






tapi, sepertimana yg aku cakap, hubungan diplomatik kami berada di paras terbaik. anjing itu berundur sedikit, dan aku terus lesap.




Rabu, 23 Jun 2010

Lengchun.


Lengchun? ....


...



....??




??...




???



Lengchun???....



....?





Lengchun?


oh,


Changlun.







terima kasih opah.


Isnin, 21 Jun 2010

kilang kayu kayan.


cuti sem dua bulan ni, sebulan aku habiskan untuk muhasabah diri, sebulan lagi aku habiskan untuk mencari nafkah di siang hari.


setelah pergi mencari kerja di KFC, McD, Raja Burger, dan lain lain lagi tempat kerja kelas atasan, maka akhirnya usaha aku itu berbaloi apabila diterima bekerja sebagai pembantu kerani di sebuah kilang kayu kayan.



namun, seksa yg ditanggung amatlah perit. waktu bekerja 8-5 memaksa aku untuk belajar bangun di pagi hari. walaupun di didik sejak dari kecil untuk bangun pagi sehinggalah usia aku menjangkau 18 tahun, namun tabiat suka membuka mata ketika matahari sudah tegak adalah tabiat yg paling sukar dikikis.



sekarang, aku bersahabat dengan pekerja pekerja kontrak seperti Ah Keong, Ah Choong, Ah Chye, Ah Kong, Ah Faut, dan pelbagai jenis Ah Ah yang sewaktu dengannya. sehinggakan aku sendiri digelar Ah Jit. sungguh jauh terpesong daripada nama sebenar. tak mengapalah.



oh ya, kerja mestilah datang awal, kerana tepat pukul 8 pagi, anjing anjing kilang aku beserta anjing anjing dari kilang jiran akan berkumpul tepat di pintu pagar untuk upacara lagu negaraku. jadi, kalau lambat, maka terpaksalah meredah arus arus najis yg bertempiaran.




aku rasa kilang tempat aku bekerja tidak mempunyai sebarang daya penarik. pada aku, yg menarik ialah anak anak anjing yg comel comel. aku usap pipi anak anjing itu, dan balik rumah, aku samak.


bodoh kan?



jadi jangan risau, aku tidak sebodoh itu. masih lagi boleh mengawal nafsu.




namun setelah menyelami dunia anjing, anjing sebenarnya memang seekor (kata ganti diri untuk haiwan) yg pengecut.




dan aku kasihan, kecil kecil comel, bila dah besar, jadi anjing.