Khamis, 3 Februari 2011

@_@

ada mata, guna. jaga. selagi boleh. haritu aku pergi cek mata di klinik opto. percuma. sebab kalau berbayar, sumpah aku tak akan berkeinginan untuk pergi cek. nampak tak macam mana aku mengambil berat terhadap diri? mata ni kan salah satu pancaindera. jadi, apa salahnya kalau kita jaga dia. sekali-sekala kena la jugak bawak ke klinik untuk buat medikel cekkap. benda percuma, tak rugi.




lagi satu, jangan ingat aku pergi ke klinik opto tu sebab mata aku ni bukaan dia kecil. itu memang tak releven. bukan senang nak tengok aku bangun dalam sekitar sembilan pagi, semata-mata nak pergi cek mata. pergi kelas pagi-pagi pun belum tentu aku laksanakan. aku bangga dengan diri aku. aku bangun pukul sembilan pagi! siapa tak kagum, dia memang bebal.




tapi, dalam lebih kurang tiga jam aku teperap dalam bilik di klinik opto tu, buat macam-macam test, aku dapat rasakan yg sebenarnya aku dikira beruntung sebab ada sepasang mata 'apek'. rupanya sepesel juga mata aku ni.







penglihatan boleh tembus pakaian. @_@






apa macam ada kool tak? @ tu mata kiri dan @ satu lagi tu mata kanan. kiranya macam mata berpinar la. aku pun tak tau maksud sebenar smaili ni. selalu nampak, tapi, macam biasa. malas dan tak akan pernah rajin untuk ambil peduli.




-_-



kalau yg ni, macam kutuk aku pun ada jugak. cuba kau orang letak jari di hujung sebelah luar mata-mata (lebih dari satu) kau orang, lepastu tarik.



ok bagus. sekarang aku tak terasa sangat dah bila nampak -_- ni.








berbalik kepada 'penglihatan boleh tembus pakaian' tadi,






haduh rilek la. bagi la aku can nak berangan. sebenarnya kalau ikut optometris tu, dia kata mata aku ni fokus lebih. bukan lebih, tapi terlebih. sepatutnya benda yg aku tengok tu nampak kabur, tapi aku masih lagi nampak benda tu. aku tak pasti samada masa mak aku mengandungkan aku dulu, dia ada mengidam nak makan telur helang ke tak. (tertanya-tanya)





ah banyak betul bunyi mercun malam ni. main mercun je reti, esok pagi bukan reti nak bangun awal pergi semayang raya. ni sempena raya cina ni, aku ingat siang nanti aku nak pergi tayang muka sambil sengih sedalam-dalamnya. mana tahu kot-kot dapat angpau.





jangan jeles bai.



sapa bai kat sini?

7 ulasan:

Bella berkata...

-_- ko ckp bai sape bai??

mira_nas berkata...

kesimpulan? mata ko elok ke tak?

Tanpa Nama berkata...

kalo yang ni (+.+)
lu tau tak maksud die?....

Unknown berkata...

kau jangan main-main dengan saiz bukaan. aku terasa. -.-

Enon berkata...

zack cool dgn mata (-_-) apek nya.. jangan lupa share2 angpau yang ko dah pau tu =)

Aizul berkata...

penglihatan boleh tembus pakaian? ade pakej sekali dengan abiliti terbang dan badan kebal tak? kalau ada aku nak.

tikusmando berkata...

-bella, hai hai bai bai.


-mata aku tetap seksi wahai mira.


-sumpah aku tak tahu (+.+) tu kejadah apa.


-ungu, bukak mata besar-besar sikit!


-enon, baru nak share tapi aku dah balik.


-aizul kau berminat? kau memang spesis aku.