Ahad, 13 Mac 2011

Epilog usia.

"Ayah....adik takut.."


Dalam suasana guruh-gemuruh begitu, sahut-sahut kedengaran suara kecil memanggil aku.



"Kenapa sayang?"



Aku renung tepat ke arah dia, sambil aku usap-usap rambutnya yg ikal itu. Jernih mukanya, tak banyak beza dari ibunya. Di dalam suasana nyaman, sambil hujan-hujan menembak bumi, aku bisikkan ke telinganya sesuatu.



"Sayang tidur ya, kan ayah ada..."



Dia mengangguk-angguk tanda setuju. Dipejamkan matanya yg redup itu, dan cuba lelap di pangkuan aku. Setelah beberapa ketika, dan setelah aku pastikan yg dia tidak lagi menunjukkan respon-respon seperti seorang yg terjaga, maka dengan perlahan-lahan aku tinggalkan dia di atas katilnya. Aku memberikan dia ruang untuk dia memeluk anak patung kesayangannya.



Hujan sudah semakin pudar menembak bumi tatkala aku menuju ke beranda rumah. Kelihatan pelangi petang menunjukkan aku kesemua tujuh warnanya. Aku hanya mampu mengukir senyuman sambil menghirup udara nyaman di petang itu.



Sedar tak sedar, matahari kian pudar cahayanya. Sedar tak sedar juga, kini aku sudah menjadi lelaki yg memikul tanggungjawab terhadap diri sendiri dan keluarga. Tidak ada apa yg aku harapkan sebagai seorang lelaki, melainkan memiliki sebuah keluarga yg bahagia.




Semalam, di dalam kereta, aku sempat merenung wajah sendiri yg tertera di cermin sisi kereta. Wajah itu menggambarkan semua ini. Ah, sudah lama rasanya aku tidak mencermin diri. Entah nampak seperti tak terurus sahaja kebelakangan ini. Semuanya gara-gara ketiadaan cermin di rumah.




Tiba sahaja di rumah, aku terus capai pisau cukur. Buang segala benda yg ada di atas bibir. Lantaran itu, aku pun menyedari yg aku baru 20-an!

13 ulasan:

surayabahar berkata...

berangan manyak.! haha

aizati azman berkata...

dah mcm komsas form 5 dah cerita kau.
lepas ni bole hantar cerpen kt kementerian. sure menang.

cik 18 berkata...

boleh tak nak cakap...

BONGEK tol kau nehhh...aku baru nak berangan ko jadi bapak misali...ahaisshhh

a.r.e.p a.h.m.a.d berkata...

z koni memglah...
aku ingt bpak sapelah td...
hampeh!!!!

misz anis berkata...

terbaek..hahaha

~ctnajihah~ berkata...

hahaha... dah ade dah ciri2 nye tuh.. =D

penselwarnabiru berkata...

bagus.dah nampak da ciri2 tu.serius

MarY_z berkata...

ok lah. saya suka cerita kamu. tapi buat teringat kat cikgu sastera masa form 5 yg garang gilerrrr tuuu..

Ungu berkata...

aku rasa kau seksi bila kau jadi ayah.

rawr.

lini hasnan berkata...

lelaki yang sedikit serabai adalah lelaki seksi.hihi

Tanpa Nama berkata...

mmg sengal...

Tanpa Nama berkata...

budus tahi kucing

savethisblog berkata...

nak comolot kat sini boleh?macam hanjing entry lu