Sabtu, 19 Mac 2011

Persediaan menjajah Bukit Broga.

Berdasarkan lakaran kasar plan hujung minggu aku, sepatutnya aku dijadualkan berlepas ke Ipoh petang tadi. Tapi entah mengapa bah, aku terpaksa curi sedikit masa untuk diluangkan bersama-sama kelompok rakan, dalam misi menjajah Bukit Broga awal pagi nanti. Jadi, berbekalkan tidur petang yg dihiasi hujan-jemujan, aku kini sedang giat membuat senaman ringan untuk kerja-kerja penjajahan.




Cuaca sekarang tak menentu. Langit pula tak selalunya cerah, sebab bila malam jadi gelap. Oleh itu, persiapan fizikal sangatlah dituntut. Pun begitu, persediaan mental tetap tidak diabaikan. Baiklah, antara persediaan fizikal yg telah aku lakukan adalah seperti bermain takeraw petang-petang, bermain futsal malam-malam, mengawal pernafasan dengan baik ketika tidur, berlari-lari anak ketika terasa hendak berak sedangkan pintu rumah terkunci, melambai-lambaikan tangan kepada anak gadis jiran sebelah rumah ketika dia tidak menoleh, dan bermain fesbuk sambil meniarap.



Banyak lagi sebenarnya, tapi cukuplah hanya itu buat sementara ini. Sekarang ni, persoalannya ialah macam mana nak buat persediaan mental?




Tak susah sangat pun sebenarnya.




Cukuplah sekadar hadir ke kelas Bayosetat, duduk tercangak selama tiga jam lebih, dan cuba menerima sikap pensyarah yg menjengkelkan, dan benda yg paling mental sekali sudah semestinya apabila melihat tahi lalat si tukang ampu.

3 ulasan:

cik 18 berkata...

nk like tp takde butang like...

keh keh keh....lu usha muka tukang ampu sape suruh..

Tanpa Nama berkata...

persedian fizikal dan mental yang rapi serta cukup membanggakan.


sila teruskan kehebatan menjajah.
tahniah!

Ungu berkata...

"dan benda yg paling mental sekali sudah semestinya apabila melihat tahi lalat si tukang ampu"

aku tergolek di lantai.

ini ayat yang boleh buat aku lupa pada segala masalah selama seminggu.